Wednesday, January 27, 2010

Seronok dgn keluarga! Dpt duit sekali!



Ha! family sape yg suke berseronok sambil cari duit! jom join ini Cabaran Keluarga X Race 1Malaysia.

Wang tunai lebih RM6,000 bakal menjadi rebutan anda!
Pertandingan yang bermula di Dataran DBKL dan berakhir di Dataran Merdeka.
Akan berlangsung pada 1 Februari, sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan.
Program yang berkonsepkan 1Malaysia 1Keluarga itu bertujuan untuk merapatkan hubungan kekeluargaan.
Bagaimana nak main??? ha! sebanyak sepuluh check point disediakan di mana para peserta dikehendaki menjawab soalan-soalan dan menyelesaikan tugasan yang berkaitan tentang sambutan Hari Wilayah Persekutuan.
Setiap pasukan perlu terdiri daripada empat orang yang mempunyai ikatan keluarga iaitu dua orang dewasa dan dua orang di bawah umur 17 tahun.
Yuran pendaftaran sebanyak RM100.
Juara akan memenangi wang tunai sebanyak RM2,000, kedua RM1,500, ketiga RM1,000 dan 17 hadiah sagu hati.
Selain itu, sepuluh buah hadiah misteri juga turut menanti para peserta.
50 pasukan terawal yang mendaftar akan diberikan baju T istimewa.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi urus setia menerusi talian 012-2846811.


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...