Ha! kekawn yg slalu komen rencana "Modal Insan Berkualiti Pemacu Kecemerlangan Negara" yg ade kat kuzi.wordpress tu.. aku dah pindah kan kat cini.. kat citu dah xde dah..
ni la rencana pertama aku wat.. xsilap mase awl thn 2008 kot..then dpt RM200 dan sijil khas dr Kmenterian Penganjian Tinggi.
adik2 yg kat U skg ni rajin2 la menulis ye.. smbil2 tmbhkn ilmu tu tmbh la pendptn sekali hehehe.. Untung ooo!!!
“Cemerlang, Gemilang, Terbilang”, inilah slogan yang sentiasa dilafazkan oleh Yang Berhormat Perdana Menteri kita Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam ucapan beliau. Kecemerlangan dan kegemilangan negara perlu bermodalkan insan berkualiti.
Tidak susah untuk mentafsirkan apa itu insan berkualiti sekiranya anda memahami apa erti kehidupan sebenar. Kehidupan bagaikan satu landasan yang perlu kita harungi untuk mencapai satu matlamat atau kejayaan. Berapa lama dan berapa jauh sudah ditentukan, hanya pengisiannya perlu difikirkan agar menjadi kebanggaan semua pihak.
Setiap insan mengimpikan kejayaan dan kecemerlangan dalam semua aspek sama ada untuk diri sendiri, keluarga, bangsa dan negara. Namun, adakah impian ini akan tercapai atau sekadar impian semata-mata yang akhirnya akan terkubur? Jawapannya ada pada diri kita sendiri. Bukan mudah untuk mencapai impian sekiranya tiada persediaan dari awal dan matlamat sebenar.
Sebuah syarikat yang dapat menghasilkan produk berkualiti dianggap syarikat yang berjaya, ini kerana syarikat tersebut dapat memuaskan hati pelanggannya. Begitu juga Negara, Negara yang mempunyai rakyat yang berkualiti dianggap Negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Jika sesuatu produk yang berkualiti mempunyai ciri-ciri yang tertentu, bagaimana pula ciri-ciri insan yang berkualiti yang dikatakan pemacu kecemerlangan Negara?
Insan berkualiti dapat dilihat dari segi dalaman dan juga luaran iaitu berkualiti dari aspek rohani dan jasmani. Kedua-duanya perlu seimbang barulah hasilnya sempurna. Insan yang berkualiti dari aspek rohani bermaksud berkualiti sifat rohaninya iaitu mempunyai hati yang mulia dan ikhlas. Sifat inilah yang paling utama yang perlu ada dalam diri setiap insan untuk mencapai kejayaan. Mempunyai jati diri yang tinggi dan berdaya saing juga amat penting untuk menjadi insan yang berkualiti. Insan berkualiti dari aspek jasmani pula ialah berkualiti tubuh badannya atau dengan kata mudah, sihat tubuh badan. Insan yang mempunyai tubuh badan yang sihat dapat berfikir dengan sempurna dan bersemangat dalam melakukan apa sahaja pekerjaan. Semangat inilah yang penting untuk mencapai kecemerlangan.
Insan berkualiti juga bermaksud berkualiti dari segi pemikirannya. Cara pemikiran yang matang dan bernas menghasilkan strategik kearah kecemerlangan. Pemikiran yang positif membantu meningkatkan keyakinan diri untuk mencapai impian. Selain itu, ilmu pengetahuan adalah aset utama dalam kehidupan. Oleh itu insan berkualiti tidak boleh tidak, mesti mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi. Gabungan kesemua aspek melahirkan insan berkualiti yang mempunyai semangat, impian dan matlamat ke arah kecemerlangan bukan sahaja untuk diri sendiri malah keluarga, bangsa dan negara.
Pembentukkan modal insan berkualiti ke atas pembinaan satu tenaga manusia yang lebih berkemahiran, berintegriti, amanah serta menekankan amalan nilai-nilai yang murni amat diperlukan. Modal insan berkualiti sebenarnya perlu menjadi satu faktor yang penting dalam pembangunan sesebuah negara. Malah jika kita lihat kepada negara-negara maju yang lain, jelas menunjukkan pembangunan modal insan dijadikan sebagai aset utama. Tenaga muda dijadikan aset yang penting dalam pembangunan modal insan berkualiti kerana golongan ini mempunyai potensi yang amat bernilai untuk dibangunkan. Golongan ini perlu dijadikan benteng harapan untuk maju ke hadapan dan sebagai sumber penting bagi membentuk zaman dan kemajuan sebuah negara.
Negara yang cemerlang memiliki pemimpin dan rakyat yang berpotensi tinggi. Tidak kira dari pelbagai aspek. Kecemerlangan negara boleh dilihat dengan kejayaan rakyatnya yang mampu membawa negara ke mata dunia. Kejayaan itu merangkumi plbagai bidang sama ada pendidikan, perniagaan, pembangunan, teknologi dan sukan. Selain rakyatnya, pemimpin juga merupakan aset utama kecemerlangan negara. Peranan pemimpin amat penting dalam memajukan sebuah negara. Oleh itu negara yang cemerlang mempunyai pemimpin yang berkualiti. Seorang pemimpin yang berpotensi tinggi dan berkualiti dapat membawa pengikutnya ke arah kecemerlangan negara.
Negara yang memiliki modal insan yang berkualiti, akan mencapai tahap pembangunan yang tinggi setaraf dengan antarabangsa. Kita mempunyai kekuatan terutama dalam pendidikan yang cukup berkeupayaan untuk membina diri menjadi modal insan yang bukan sahaja berilmu tetapi mempunyai kualiti jati diri yang tinggi bersandarkan nilai-nlai budaya serta pegangan nilai murni yang diwarisi.
Aspek pertama iaitu pembangunan modal insan dari sudut sifat-sifat terpuji, akhlak dan ilmu. Dalam pembangunan modal insan, sifat-sifat terpuji seperti amanah, jujur, kepercayaan, kebolehan dan tanggungjawab dijadikan teras dan pendekatan bagi setiap individu yang terlibat. Modal insan berkualiti mampu mencorak hala tuju negara ke arah wawasan yang disasarkan. Ini kerana kualiti yang dimaksudkan ialah keseimbangan pembangunan sumber manusia dari segi duniawi dan ukhrawi. Pendidikan, penyebaran dan penyemaian ilmu serta pembentukan cara berfikir insan berteraskan akhlak dan nilai adab yang berasaskan keagamaan yang tinggi wajar dikembangkan bagi melahirkan modal insan berkualiti. Dalam proses pengisian ini, ilmu berkaitan ICT juga, yang pada masa kini menjadi satu kepentingan dan dijadikan teras dalam semua bentuk pembangunan modal insan. Sehubungan dengan itu, semua setiap individu perlu mengambil kesempatan dan peluang untuk menambahkan ilmu pengetahuan yang seimbang di samping menghayati sifat-sifat terpuji dan mengamalkannya dengan ikhlas.
Dalam usaha mencapai negara maju, pembentukan negara bangsa adalah menjadi satu tugas yang mencabar. Usaha membangunkan modal insan berkualiti perlu dilakukan secara meluas melalui penguasaan ilmu pengetahuan. Menjana modal insan berkualiti yang benar-benar sesuai dengan kehendak dan cabaran zaman sekarang dan akan datang, merupakan suatu amanah yang menjadikan tugas kepada semua orang. Melahirkan insan yang berkeperibadian mulia dengan memiliki kualiti yang tinggi dan menyeluruh perlu dilaksanakankan secara berterusan. Cabaran global yang mengelilingi dunia pendidikan hari ini juga semakin begitu menguji kemahiran yang dimiliki. Ia bukan sahaja menguji kemampuan dan ketahanan mental, fizikal, emosi dan rohani, malah ia menagih pengorbanan yang tidak terbatas dari segi pemikiran, tenaga, masa dan kewangan.
Pada masa sekarang kita melalui cabaran globalisasi, rakyat terutama generasi muda perlu bijak menggunakan nilai tradisional dan kontemporari dalam usaha memajukan negara dan memartabatkan bangsa. Hanya dengan gabungan itu dapat memastikan generasi masa depan bukan sahaja berbangga dengan kemajuan dan pembangunan malah kekuatan jati diri yang tinggi tidak yang tidak pernah terhakis.
Modal insan berkualiti dibentuk menerusi sistem pendidikan yang mantap dan berkesan. Ia harus diluaskan merangkumi pelbagai peringkat dan usia. Peringkat profesional dan pengurusan memerlukan pendidikan yang baik dan berkualiti di institusi pengajian tinggi (IPT). Golongan yang tidak professional dan pekerja am perlu diberi pendekatan melalui kemahiran, sikap dan kesungguhan. Sesebuah negara yang maju sebenarnya bukan hanya dirangkumi oleh golongan profesional yang berpotensi tinggi dan mempunyai sikap proaktif, malah dibantu juga oleh pekerja yang tidak profesional dan pekerja am yang berkualiti dan berjiwa besar.
Mereka bangga melakukan apa saja untuk kemajuan diri sendiri, keluarga, bangsa dan negara. Jika mereka berkhidmat sebagai petani, mereka berusaha untuk menjadi petani yang berdaya maju dengan menggunakan pelbagai pengetahuan dan teknologi moden untuk mempertingkatkan produktiviti. Jika mereka berkerja sebagai guru, mereka berfungsi sebaiknya menjadi peneroka dan pengajar ilmu yang terbaik dan cemerlang. Kualiti rakyat yang tinggi ini hanya terjadi menerusi amalan dan etika kerja yang baik, ilmu yang tinggi serta pendekatan nilai-nilai murni dalam diri masing-masing.
Usaha menyelami perasaan, menghayati, simpati, bertimbang rasa dan bertolak ansur pula merupakan kualiti peribadi pelengkap kepada seorang insan yang cemerlang. Syarat sebagai seorang insan yang cemerlang adalah memiliki kekuatan keperibadian, kekuatan peranan dan kekuatan pengetahuan.Golongan pelajar dijadikan sebagai modal insan berkualiti dalam memajukan pembangunan negara. Pelajar yang cemerlang dan berupaya menguasai ilmu pengetahuan yang dipelajari serta mempunyai nilai-nilai yang murni mampu membawa negara kearah kecemerlangan.
Kewujudan sesebuah organisasi akan terus dirasai dengan adanya daya saing yang ditunjukkan pada setiap masa. Persaingan yang dihasilkan itu adalah disebabkan sumber-sumber utamanya iaitu fizikal, kewangan dan manusia diurus dan dibangunkan dengan cara yang cekap, berkesan dan berkualiti. Sumber manusia merupakan sumber yang sukar diurus dan ditetapkan piawainya tidak seperti sumber fizikal dan kewangan. Oleh itu, modal insan berkualiti tidak boleh dinilai dengan kebendaan memandangkan potensi dan keupayaannya tidak dapat dijangkau melalui pandangan luaran sahaja. Ini menjadikan ia sebagai aset yang sangat unik dan diberi penumpuan khusus.
Modal insan berkualiti tidak hanya memiliki ketinggian ilmu dan personaliti yang moden semata-mata tanpa mempunyai pegangan nilai murni yang kuat. Dengan pegangan nilai murni yang kuat seperti keiklasan, kejujuran, keadilan, amanah, bertangungjawab, dan yang paling penting berilmu kita yakin ia sekaligus akan terus membantu memajukan negara agar terus cermerlang gemilang dan terbilang.

0 comments:
Post a Comment