Saturday, January 16, 2010

Radio Novella 'Ebum Hibicus'

EMBUN HIBISCUS
"Cinta itu bahasa dikala kita tidak lagi mengerti akan kata...”





Stesen radio berita pertama Malaysia, 93.9 BERNAMA Radio24 meneruskan pembaharuan pada tahun 2010 ini dengan terbitan terkini mereka, sebuah radio novella berjudul Embun Hibiscus (EH).

Radio novella di bawah genre infodrama ini bakal bersiaran pertama kali pada 18 Januari di saluran FM 93.9 tampil dengan tema cinta dan kekeluargaan yang diselitkan dengan isu-isu berita, prinsip-prinsip 1Malaysia serta nilai murni masyarakat majmuk Negara ini.
EH mengisahkan bagaimana 3 adik beradik yang berusia lewat 20an dan 30an berdepan pelbagai cabaran di Kuala Lumpur.

EH ke udara selama 5 minit setiap hari Isnin hingga Jumaat pada pukul 8:45 pagi dan diulang siar pada 5:25 petang. Ianya juga boleh didengari menerusi laman web http://www.radio24.com.my/
Nak tahu ape yg berlaku disetiap episod???
dengarkan di siaran kami!!!

2 comments:

aSip.tv said...

mantap tajuk die.. citer laa skit sinopsis citer ni... hehhehe

ucuk said...

mau tahu ka? tggu next post ye :p

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...