Sunday, January 24, 2010

Perkhidmatan Komuter sempena Thaipusam!!


Perkhidmatan komuter bagi laluan antara Sentul, Kuala Lumpur dan Batu Caves, Selangor masih tidak dapat beroperasi pada Thaipusam ini disebabkan kerja-kerja akhir laluan bagi pengangkutan itu masih dijalankan.

Untuk sambutan Thaipusam di Batu Caves Sabtu ini, KTMB menyediakan 208 perkhidmatan tren khas dan 72 perkhidmatan KTM Komuter tambahan sepanjang tiga hari bermula 29 hingga 31 Januari.

Perkhidmatan tren khas itu disediakan untuk laluan dua hala antara Batu Caves dan Sentul dengan kekerapan 30 minit.

Perkhidmatan KTM Komuter tambahan selama 24 jam disediakan bagi laluan Rawang-Sentral KL-Rawang dan Seremban-Sentul-Seremban serta Pelabuhan Klang-Sentul-Pelabuhan Klang.

Sempena Thaipusam kali ini perkhidmatan akan dilanjutkan sehingga 6 pagi pada 29 dan 30 Jan.

Lebih 1.5 juta pengunjung dari dalam dan luar negara dijangka membanjiri Kuil Sri Subramaniyar Swami di Batu Caves bagi sambutan Thaipusam.
Sumber: Bernama

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...