Monday, January 25, 2010

Kayuhan KL 2010 !


Orang ramai berpeluang merasai debaran pelumba Le Tour de Langkawi (LTdL) 2010 dengan menyertai Kayuhan KL 2010 yang akan bermula dan berakhir di Dataran Merdeka pada 1 Februari ini.

Acara jarak 10 kilometer itu meliputi jalan utama sekitar Kuala Lumpur bagi mempromosikan edisi ke-15 LTdL yang bermula 1 hingga 7 Mac ini.

Kayuhan KL 2010 diadakan sebagai saluran untuk menggalakkan orang ramai dan golongan muda menceburi sukan berbasikal serta sambutan Hari Wilayah Persekutuan.

Mereka yang berminat perlu mendaftarkan diri pada pukul 7.30 pagi di Dataran Merdeka pada 1 Februari.

Butiran lanjut hubungi Sekretariat LTDL 2010 dan mendaftar terus menerusi laman web http://ltdl.com.my/
Sumber: Bernama

1 comments:

Unknown said...

jom layan beskal lak.. lotih laa dok layan jalan kaki... hehehhe

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...