Thursday, March 25, 2010

25 Mac -- Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan beberapa insentif kepada pegawai dan anggota polis sebagai dorongan untuk mereka memberikan perkhidmatan terbaik.

Pengumuman Perdana Menteri itu dibuat beliau ketika merasmikan sambutan Hari Polis ke-203 di Pusat Latihan Polis, Jalan Semarak.

Insentif berkenaan ialah:

1) Elaun bulanan RM200 kepada 33,000 pegawai dan anggota polis yang menjalankan tugas am.

2) Konstabel akan dinaikkan pangkat ke Lans Koperal selepas tiga tahun, dan Lans Koperal dinaikkan pangkat ke Koperal selepas lima tahun. Kedua-duanya berdasarkan tempoh perkhidmatan.

3) Kerajaan mencadangkan balai-balai yang cemerlang dan terbaik diberikan penghargaan khas berdasarkan pencapaian dan prestasi mereka.                                          -Bernama-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...