Friday, December 2, 2011

Lokasi Berisiko Banjir Kilat di KL

DBKL Kenal Pasti Beberapa Lokasi Banjir Di Ibu Negara

KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengenal pasti beberapa kawasan di ibu negara yang berisiko tinggi dilanda banjir kilat pada musim tengkujuh ini.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail berkata kesemua kawasan yang dikenal pasti itu terletak di kawasan rendah berhampiran sungai, antaranya KampungKasipillay, Off Jalan Ipoh; kawasan Segambut Dalam/Segambut Tengah/Segambut Bahagia; Jalan Tun Razak/Jalan Gurney/Jalan Gurney Kiri dan Setapak - Jalan Air Panas/Jalan Air Madu.

"Kawasan lain termasuk Kampung Cheras Baru, Kawasan Jalan 9; Taman Goodwood, JalanKelang Lama; Jalan Ampang depan Bangunan RISDA Building dan Taman Angsana, off Jalan Puchong," katanya ketika ditemu bual dalam program Ala Carte Pagi terbitan Bernama Radio24, di sini Jumaat.

Beliau berkata kejadian banjir di ibu negara kebanyakan berlaku setempat berpunca daripada sistem perparitan tersumbat oleh sampah sarap atau kelodak dan banjir di permukaan jalan akibat dari 'scupper drains' tersumbat.

Sehubungan itu, katanya satu Jawatankuasa Pengurusan Bantuan Bencana Peringkat DBKL ditubuhkan dalam usaha memastikan tugas-tugas mengurus, menyelaras dan memberi bantuan dapat dilaksanakan dengan cepat apabila berlaku banjir kilat.

Ahmad Fuad berkata DBKL juga telah mengaktifkan Bilik Gerakan Banjir sejak 1 Nov lalu yang dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan seperti maklumat bacaan paras air,pusat perhubungan yang bertanggungjawab menerima, menyalur maklumat atau aduan danmemantau status kejadian bencana yang berlaku.

Warga kota juga boleh mendapatkan maklumat mengenai banjir melalui Sistem Elektronik Papan Tanda Amaran Banjir yang ditempatkan di beberapa lokasi-lokasi di pusat bandar. -- BERNAMA

* Dengarkan Ala Carte Pagi, Isnin hingga Jumaat, 8.30AM di siaran FM93.9 BERNAMA Radio24. Maklumat lanjut layari www.radio24.com.my

Wednesday, March 9, 2011

IDEA Hebat!!!


Semua orang mempunyai idea hebat

Sering kali, ramai antara kita selalu mempunyai idea hebat. Silap-silap, semua orang pernah mempunyai idea yang hebat bermain di fikiran. Idea tersebut, mungkin dalam bentuk menciptakan sesuatu, menghasilkan sesuatu atau berniaga sesuatu.

Semua orang mempunyai idea hebat yang kadang kala berlegar difikiran yang mungkin boleh membuatnya kaya & juga terkenal. Penyelidikan ada mengatakan bahawa setiap orang akan terlintas sekurang kurangnya satu idea setiap hari!


    Tetapi, kesilapan yang paling besar adalah, kita abaikan idea tersebut oleh kerana... idea itu datang daripada kita sendiri!


Kita sering melihat dan menganggap orang lain yang mendapat idea, dan mengimplementasikan idea tersebut adalah hebat dan lebih bijak dari kita. Bila tibanya kita sendiri mendapat idea, kita rasa kita ni kurang bijak... dan kurang hebat.


    Pemikiran begitu adalah salah!


Lihat sahaja idea-idea perniagaan di sekeliling anda. Kebanyakannya bukanlah hasil daripada orang yang hebat & bijak. Tetapi, dihasilkan oleh mereka yang percayakan idea masing-masing dan mengambil langkah untuk mereliasasikan idea tersebut :)


Artikel ini diambil dari email oleh Irfan Khairi

Sunday, March 6, 2011

Bilionair pun BERJIMAT cermat!!!



Terkejut apabila saya terbaca berita di Internet mengatakan antara orang terkaya di dunia hidup berjimat cermat.

    Pemilik Wal-Mart, antara pasaraya terbesar di US, Jim Walton, hanya membawa kereta nya yang berumur 15 tahun ke kerja.
    Ingvar Kamprad, pemilik Ikea di Sweden membawa kereta Volvo berumur 15 tahun, terbang menaiki kelas ekonomi sahaja, dan makan di restoran-restoran murah
    Warren Buffet, billionaire terkenal dan antara orang terkaya di dunia, tinggal di rumahnya yang dibeli pada harga US31,000 sejak 50 tahun lalu!
    Azim Premji, Tycoon perniagaan dari India hanya membawa kereta Toyota Corolla
    Billionaire John Caudwell and David Cheriton pilih untuk memotong sendiri di rumah sahaja tanpa pergi kedai gunting rambut mahal.

Dapatkan role model dalam bidang kewangan. Ia tidak semestinya orang yang anda kenali, seperti ikon di TV, ataupun orang yang anda kenali, jiran, rakan sekerja atau ahli keluarga. Billionaire seperti Warren Buffet menjalankan hidup secara sederhana. Ini boleh menjadi role model kewangan kita.

Ataupun anda mempunyai pakcik yang menjalankan perniagaan yang berjaya tetapi hidup sederhana bersama keluarga. Atau anda mengenali seorang CEO syarikat besar, tetapi tetap merendah diri dari segi kewangan.

Tan Sri Mokhtar Bukhari adalah role model yang hebat, sebagai bumiputera terkaya di Malaysia, tetap menderma berjuta RM dibawah Yayasan Al Bukhari untuk mereka yang kurang bernasib baik.

Dapatkan role model (tidak semestinya seorang sahaja) dan ikuti tabiat kewangan mereka. Manusia mudah belajar daripada melihat manusia yang lain. Kuncinya adalah, pastikan role model yang dipilih adalah role model yang betul!



Artikel ini diambil dari email oleh Irfan Khairi

Wednesday, March 2, 2011

5 Perkara sebelum mulakan Perniagaan



Kebebasan daripada arahan dan suruhan yang dikeluarkan oleh pihak atasan serta alasan untuk membuat keputusan sendiri tanpa dipengarui oleh orang lain kadang kala merupakan faktor terpenting seseorang itu terlibat dalam memilih perniagaan sebagai sumber rezeki.  Sebelum anda meneruskan perancangan untuk memulakan perniagaan, adalah lebih baik sekiranya anda menilai diri sendiri serta bertanya pada diri sendiri mengenai bebarapa persoalan penting seperti di bawah;


1. Adakah anda mempunyai modal permulaan yang cukup serta mempunyai pendapatan sokongan?
Ia adalah duit untuk menghasilkan duit walaupun perniagaan yang dijalankan adalah pada skala yang kecil seperti perniagaan kecil-kecilan di rumah.  Pastikan anda mempunyai aliran tunai yang mencukupi untuk menyediakan keperluan-keperluan yang asas serta penetapan pemasaran sebelum anda menceburkan diri dalam perniagaan.  Anda dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat daripada mereka yang sudah menjalankan perniagaan mengenai jangka masa untuk memperolehi pulangan perniagaan.  Ini penting kerana dapat membantu anda mengatur starategi kewangan supaya anda lebih berhemah dalam urusan perbelanjaan anda seharian. 



2. Adakah anda merupakan seorang yang berdikari?
Persoalan ini harus anda tanya kepada diri anda sendiri kerana persoalan ini merupakan kualiti utama sebelum anda membuat keputusan untuk menjadi entrepreneur.  Jika anda seorang yang suka mengambil sikap tunggu dan lihat ataupun membuat sesuatu perkara atas arahan pihak atasan maka anda tergolong dalam golongan yang sesuai untuk makan gaji sahaja.  Sebaliknya, jika anda berupaya untuk berfikir secara kreatif dan juga memberikan satu kesan kepada orang lain atau pun masyarakat anda sememangnya boleh dikategorikan sebagai orang yang boleh berjaya dalam perniagaan yang anda ceburi. 


3.  Adakah anda tergolong dalam kumpulan yang boleh bekerja melangkaui had masa standard 9 - 5 setiap hari?
Jika anda bekerja dengan seseorang, anda dikatakan sebagai terikat dengan jadual kerja yang ditetapkan oleh majikan.  Pada satu-satu masa, anda boleh melupakan masalah di tempat kerja dan menumpukan perhatian kepada keluarga serta berehat.  Namun, sebagi seorang entrepreneur anda dikatakan mempunyai tanggungjawab yang sangat besar dan masa bekerja anda berbeza denga mereka yang makan gaji.  Jika anda gemar dan suka kepada pulangan jangka panjang yang bakal anda perolehi, kepayahan ini bukannya satu halangan kepada anda dengan bekerja pada masa orang lain menikmati waktu rehat mereka. Sekali lagi tidak ada betul atau salah dalam konsep ini.  Ia hanya merupakan persoalan yang perlu anda tanya dan teliti kepada diri anda sebelum keputusan anda ambil untuk menceburkan diri dalam perniagaan.



4.Adakah anda mempunyai sokongan yang KUAT daripada keluarga?
Kadangkala anda mempunyai idea yang bernas untuk menjalankan perniagaan. Adalah lebih baik, sebelum anda memulakan langkah pertama dalam perniagaan, kongsikan idea tersebut bersama keluarga anda. Suami kepada isteri, isteri kepada suami, anak kepada ibu bapa...sangat elok dan berkesan untuk mendapat restu.



5.Adakah anda benar-benar minat dalam menjalankan perniagaan anda ini?
Untuk benar-benar berjaya, usahawan perlu mempunyai semangat daya-juang yang tinggi dalam perniagaan mereka.  Jika anda telah memilih untuk menjadi usahawan dan apa yang anda lakukan tidak seperti apa yang anda mahukan, motivasi yang tinggi diperlukan untuk menjayakan impian anda. Lakukan perniagaan yang anda benar-benar suka dan tahu mengenai perniagaan yang ingin anda lakukan kerana ia akan mendatangkan keseronokan dan keseronokan ini akan membuahkan hasil yang baik.

Satu perkara yang harus anda ingat. Tidak ada salah sama ada anda ingin bekerja dengan seseorang ataupun berniaga.  Banyak kelebihan dari aspek keselamatan, pendapatan, jadual bekerja yang standard, dan faedah-faedah yang lain. Namun demikian, sekiranya anda memiliki kualiti sebagai usahawan serta idea perniagaan yang berkesan, anda dialu-alukan untuk melibatkkan diri dalam bidang keusahawanan kerana ia adalah jalan yang terbaik untuk kehidupan anda.

Seperti kata-kata yang disampaikan oleh Micheal Gerber,
"The entrepreneur in us sees opportunities everywhere we look, but many people see only problems everywhere they look. The entrepreneur in us is more concerned with discriminating between opportunities than he or she is with failing to see the opportunities".


Artikel ini diambil dari email oleh Irfan Khairi

Tuesday, March 1, 2011

What Happen in Klang Valley? Stop by & have a look! We've got all here !!

BEBERAPA JALAN SEKITAR KUALA LUMPUR DITUTUP SEMPENA SAMBUTAN HARI TENTERA DARAT KE-78
     

1 Mac - Beberapa jalan di sekitar Dataran Merdeka akan ditutup secara berperingkat mulai esok sehingga Ahad ini sempena sambutan Hari Tentera Darat ke-78.
    
Jalan yang terlibat:
- Jalan Travers (dari Muzium Negara ke Dataran Merdeka)
- Jalan Parlimen (dari Dataran Merdeka ke Tasik Perdana)
- Jalan Raja Laut
- Jalan Hishamuddin
- Persimpangan Jalan Tuanku Abdul Rahman/Jalan Raja.
    
Semua jalan tersebut akan ditutup bagi memberi laluan kepada latihan (pada 2 dan 3 Mac), raptai penuh (4 dan 5 Mac) serta hari sebenar sambutan (6 Mac).
    
Penutupan jalan akan dilakukan secara berperingkat-peringkat mulai jam 5. -Bernama-  
more

Sunday, February 27, 2011

Tip Motivasi Tahun Baru 2011


1. Sekiranya kita telah berusaha, tetapi matlamat kita tak tercapai juga, hanya 2 perkara penyebabnya- sama ada matlamat kita terlalu besar, atau jangka masa kita berikan terlalu singkat. Oleh itu, kecilkan sedikit matlamat atau panjangkan sedikit jangkamasa untuk pulihkan masalah ini tahun hadapan!

2. Ada berbagai2 kategori matlamat iaitu keluarga, peribadi, fizikal, kesihatan, mental, intelek, pendidikan, pembangunan diri, karier, kewangan, material dan spiritual. Anda perlu ada matlamat untuk setiap kategori. silapnya, ramai orang hanya mempunyai matlamat dlm 1 kategori sahaja- iaitu kewangan! Tahun 2011, pastikan anda punyai matlamat dlm setiap kategori di atas ;)

3. Semua orang mempunyai perasaan 'takut' kepada kegagalan. mereka yang berjaya juga punyai perasaan 'takut gagal'- saya pun ada ;). apa yang membezakan adalah, mereka yang berjaya walaupun punyai perasaan 'takut gagal', tetapi tetap lakukan juga

4. Fikir kan waktu2 yang pernah kita "in the zone", mungkin satu ketika dulu kita berjaya dalam sesuatu, atau capai sesuatu yang membanggakan, atau capai salah satu matlamat besar kita. gunakan waktu tersebut sebagai satu trigger/picu untuk capai kejayaan yang baru akan datang. always letakkan fikiran kita "in the zone"!

5. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. nak berdaya, memang susah. tetapi, untuk berDALIH, memang MUDAH. orang yang berjaya akan melakukan perkara-perkara yang susah. orang yang tak berjaya akan pilih yang mudah. so, kita pilih yang susah ok?


Artikel ini diambil dari email oleh Irfan Khairi

Wednesday, February 23, 2011

NILAI & ETIKA seorang Usahawan



Di sini terdapat sedikit peringatan untuk kita sebagai usahawan  dan bakal usahawan- iaitu mengenai nilai dan etika yang perlu ada pada seorang usahawan. Baru-baru ini saya terbaca dalam artikel yang menyentuh mengenai kepentingan nilai dan etika dalam perniagaan.

Nilai dilihat sebagai kepercayaan yang mendorong Usahawan untuk bertindak mengikut pemilihan yang berasaskan nilai-nilai utama masyarakat.
Manakala  Etika pula adalah tanggungjawab dan akibat tingkahlaku usahawan terhadap masyarakat. Seseorang Usahawan berkewajipan memahami tanggungjwab terhadap peranan dan perilaku sebagai usahawan.

Sebagai seorang usahawan, nilai-nilai asas perlu ada pada diri individu. Antara nilai-nilai yang tergolong dalam kelompok ini ialah amanah, bertanggungjawab, ikhlas, berdedikasi, berdisiplin, bekerjasama, bersih, sederhana dan tekun.
Secara spesifik, bagaimana usahawan perlu mempunyai nilai dan etika dalam perniagaan? Sebagai usahawan kita boleh mengamalkan nilai dan etika seperti di bawah;
  1. Berazam meninggikan mutu perniagaan
  2. Berniaga dengan penuh tanggungjawab
  3. Berusaha mengikis sikap mementingkan diri
  4. Berniaga dengan penuh muhibbah dan kemesraan
  5. Berniaga ke arah memajukan diri dan masyarakat
  6. Bekerjasama dalam meningkatkan jaringan perniagaan
  7. Berpegang teguh kepada ajaran dan amalan agama
Jadi anda bagaimana? Tahun 2011 nanti marilah kita sama- sama berazam untuk meningkatkan lagi nilai dan etika sebagai usahawan terbaik!!!


Artikel ini diambil dari email oleh Irfan Khairi

Sunday, February 20, 2011

Adakah ANDA mampu menjadi seorang USAHAWAN???


Sekiranya jawapan anda 'Ya', anda berada di landasan yang tepat. Banyak yang perlu anda fikirkan sebelum memulakan perniagaan ini. Untuk berjaya dalam perniagaan, kita perlukan tanggunjawab keinginan dan kemahuan yang tinggi.

Langkah yang pertama, periksa hati anda. Adakah anda dah bersedia untuk memulakan perniagaan ini? Dan bukannya atas idea, arahan atau paksaan dari orang lain. Pastikan ianya mestilah dari hati sendiri.

Tiga persoalan yang perlu anda fikirkan sebelum memulakan perniagaan kecil-kecilan:
  1. Adakah anda ingin menjalankan perniagaan ini sendiri?
    Membuat semua keputusan dan bertanggungjawab sepenuhnya atas perniagaan anda
  2. Adakah anda sanggup bekerja keras dan berkorban untuk segala keperluan diawal perniagaan ini?
  3. Adakah anda mempunyai keyakinan diri dan displin diri?
    Dimana ia akan membuat anda bersungguh-sungguh dalam membina perniagaan  sehingga berjaya.
Sekiranya anda menjawab 'TIDAK' pada semua soalan diatas, ini bermakna anda belum bersedia untuk membuat atau memulakan perniagaan.

Dan sekiranya anda memberi jawapan yang positif pada soalan-soalan tersebut, ini bermakna anda  telah bersedia untuk berfikir dengan serius bagi memulakan perniagaan.

Ada beberapa sifat dan sikap yang membuat seseorang itu sesuai untuk menjalankan perniagaan ini yang berjaya berbanding dengan orang lain;
  1. Ketekunan, kegigihan dan ketabahan yang ada pada diri kita
  2. Keinginan yang kuat
  3. Kemahuan untuk mengambil inisiatif
  4. Bersifat bersaingan
  5. Percaya pada diri sendiri
  6. Kekuatan yang kuat untuk berjaya
  7. Keyakinan diri
  8. Kesihatan yang baik

Ikutilah nasihat yang diberikan oleh Warren Buffet:
DUIT bukan segala-galanya. Untuk mendapat KEKAYAAN adalah hasil daripada kepercayaan pada DIRI SENDIRI dan cipta kejayaan.
DUIT diperlukan, bukan yang UTAMA dan jika meletakkan DUIT pada tempat yang pertama kita akan dibelenggu oleh masalah. Berikut adalah pesanan daripada Warren Buffet (orang ketiga terkaya di dunia) ;
Warren Buffet
Stay away from credit cards and bank loans  and invest in yourself. REMEMBER:

1: Money does not create man BUT it is the man who create money
2.: Live your life as simple as you are
3: Don't do what other people say, just listen to them, but do what you feel good.

-Warren Buffet


Artikel ini diambil dari email oleh Irfan Khairi 

Tuesday, February 15, 2011

Tip Pilihan: 5 tip kewangan dari Facebook Irfan Khairi


Bagi anda yang belum join FB Irfan Khairi, rajin-rajin lah klik "LIKE" di sini oleh kerana setiap hari Irfan Khairi berikan tip motivasi & tip kewangan ;)
Berikut adalah antara 5 tip kewangan TOP di facebook Irfan Khairi (berdasarkan LIKES) ;) :
  1. Try to eat in, kurangkan makan di luar. selalunya kalau makan kat luar 3x ganda harga kosnya. Contoh, nak buat burger di rumah, kos hanya RM1.00. kalau beli kat gerai RM3.00. kalau pergi kerja bawa bekal, pergi keluar makan dulu siap2 di rumah, pergi mana saja, kalau makan luar cuba fikir kosnya adalah 1/3 dari harga. Amalkan tabiat berjimat- sikit2, lama2 jadi bukit ;)
  2. PERTAMA; harta kekayaan boleh melalaikan, menggelapkan hati dan jadikan seseorang itu sombong & riak. KEDUA; harta kekayaan boleh membantu mereka yang susah, membangunkan agama & negara, serta menjadikan kita lebih bersyukur dgn segala kurniaan-Nya. "HARTA" tidak salah. Tetapi, ianya adalah PILIHAN & KEPU...TUSAN manusia untuk tidak memilih yang PERTAMA dan memilih yg KEDUA!
  3. Pada hari Jumaat dijadikan ada saat mustajab; tiada seorang berdoa bertepatan dengan saat itu pasti doa diterima selagi tidak berdoa untuk kejahatan / memutuskan hubungan keluarga. Jadi amalkan surah al-Waqiah. Riwayat Ibn Mardawaih: "Surah al-Waqiah adalah surah kekayaan. Hendaklah kamu membacanya dan aj...arkanlah ia kepada anak-anak kamu."
  4. Sebelum melaburkan atau menyimpan wang di mana-mana, pastikan kita tiada hutang seperti kad kredit. ini kerana, tiada gunanya melabur dan memperolehi katakan 10% dan pada waktu yang sama kita terpaksa membayar interest kad kredit 18%. budak-budak pun tahu kita sedang kerugian 8%. tak masuk akan bukan?
  5. Wang bukan segala-galanya. Tetapi, Kurangnya wang akan mengakibatkan stress yang tinggi. Kurangnya wang adalah antara sebab tertinggi berlaku perselisihan faham suami isteri. Kurangnya wang menyukarkan mendapat perubatan & pendidikan terbaik untuk keluarga. Walaupun wang bukan segala-galanya, tetapi wang ...adalah amat-amat penting dalam hidup!
Semoga dapat memanfaatkan anda! Sekiranya anda belum sertai Irfan Khairi di FACEBOOK, boleh sertai sekarang di http://www.facebook.com/irfankhairi.fb Jumpa di sana!


Artikel ini diambil dari email oleh Irfan Khairi

Monday, January 17, 2011

aSip.tv at Kemensah Heights

1st Job aSip.tv on 2011

Event : Majlis Khatam Al-Quran (1 January 2011)
Venue: Kemensah Residency, Kemensah Heights, Ampang

aSip.tv
aSip.tv

aSip.tv

aSip.tv
Huh! leh tahan even ni, preparation mengalahkan majlis khawin. Tetamu ala-ala vvip. Dalam family siap ade organisasi emm xsilap namanye Jama' Khair (Jamaul Khair) :). Family yg best! selain majlis Khatam Quran, dieorang juge buat majlis tu sempena kejayaan anak2 mereka yg baru lepas dpt result UPSR... ni leh jd Family contoh la! :p


Wednesday, January 5, 2011

Gud Luck for aSip.tv!!!

Sudah tibe masenya untuk support company sndiri (company ke??? huhu) what ever LOL! :p.... "aSip.tv" created by Zhasive since 5 years ago... (sbelum ni xde name company, so xla famous sgt.. kot la :p coz i pun baru je join hehehe) ... permulaan bg tahun baru iaitu 1 Januari 2011, aSip.tv sudah memulakan 1st shooting.. tp bukn wedding.. ni event Khatam Quran...syok juge wat khatam quran ni... nnt kite cite panjang kat next post k...

Sebelum tu nak ucapkn syabas kat aSip.tv ni, dgr cite.. (bukn cite tipu, tp ni benar punye huhu) jadual untuk thn baru ni semakin penuh.. hehehe bagus2.. alamat busy la nampaknye kn... ape2 pun buat yg terbaik, jgn hampa kn clients k :p ingat! Ur Jobs! Ur Skills! Ur Styles! :)

p/s: Bile nk update blog en aSip.tv ye... video terbaru pun xupload2 hehehe..

Tuesday, January 4, 2011

Mood berubah-rubah...

Huh! mood org berubah-rubah... mood blog ni pun akn berubah jugak.. terlalu bosan mungkin.. tggu sahaja info terbaru, mungkin xde kene mengena dgn yg lama.. ape2 pun try jugak create yg terbaik.. Gud Luck!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...