Di sini terdapat sedikit peringatan untuk kita sebagai usahawan dan bakal usahawan- iaitu mengenai nilai dan etika yang perlu ada pada seorang usahawan. Baru-baru ini saya terbaca dalam artikel yang menyentuh mengenai kepentingan nilai dan etika dalam perniagaan.
Nilai dilihat sebagai kepercayaan yang mendorong Usahawan untuk bertindak mengikut pemilihan yang berasaskan nilai-nilai utama masyarakat.
Manakala Etika pula adalah tanggungjawab dan akibat tingkahlaku usahawan terhadap masyarakat. Seseorang Usahawan berkewajipan memahami tanggungjwab terhadap peranan dan perilaku sebagai usahawan.
Sebagai seorang usahawan, nilai-nilai asas perlu ada pada diri individu. Antara nilai-nilai yang tergolong dalam kelompok ini ialah amanah, bertanggungjawab, ikhlas, berdedikasi, berdisiplin, bekerjasama, bersih, sederhana dan tekun.
Secara spesifik, bagaimana usahawan perlu mempunyai nilai dan etika dalam perniagaan? Sebagai usahawan kita boleh mengamalkan nilai dan etika seperti di bawah;
- Berazam meninggikan mutu perniagaan
- Berniaga dengan penuh tanggungjawab
- Berusaha mengikis sikap mementingkan diri
- Berniaga dengan penuh muhibbah dan kemesraan
- Berniaga ke arah memajukan diri dan masyarakat
- Bekerjasama dalam meningkatkan jaringan perniagaan
- Berpegang teguh kepada ajaran dan amalan agama
Jadi anda bagaimana? Tahun 2011 nanti marilah kita sama- sama berazam untuk meningkatkan lagi nilai dan etika sebagai usahawan terbaik!!!
Artikel ini diambil dari email oleh Irfan Khairi
1 comments:
bagaimana agama pengaruh dalam etika perniagaan
Post a Comment