Friday, July 16, 2010

Kebocoran Minyak di Teluk Mexico berjaya dihentikan..


19 Julai - BP diarah menyediakan rancangan baru selepas kebocoran telaga minyak dikesan semula di Teluk Mexico.

Kerajaan Amerika Syarikat mengarahkan syarikat itu membuat perancangan kecemasan yang kemungkinan untuk membuka semula penutup injap telaga minyak itu.

Media tempatan melaporkan sedikit ketegangan berlaku apabila BP tidak melaporkan dengan cepat mengenai perkara itu.

Sebelum ini, BP mengatakan kos bagi memperbaiki kebocoran di telaga minyak itu mencecah $3.95 billion dolar.

Kenyataan itu dikeluarkan sebelum BP mengakui beberapa gelembung muncul di bahagian atas telaga berkenaan selepas penutup injap yang baru dipasang minggu lepas.

BP perlu menjalankan langkah seterusnya bagi membuka penutup itu dan memperbaiki semula tanpa merosakkan telaga berkenaan.

 Syarikat itu juga perlu melaporkan kepada kerajaan Amerika Syarikat dalam masa tidak lebih empat jam selepas kebocoran itu dikesan.

-----------------------------------------------------
16 Julai - Kebocoran minyak di Teluk Mexico berjaya dihentikan buat kali pertama sejak April lepas.

Naib Presiden BP, Kent Wells dalam sidang akhbar berkata, tidak ada lagi minyak didapati tumpah ke Teluk Mexico setelah kesemua tiga injap pada kelengkapan baru itu ditutup pada pukul 2.25 petang waktu tempatan.

Bagaimanapun katanya, ia masih pada tahap ujian awal dan pemantauan akan dibuat selama 48 jam untuk menganalisis keadaan.

Menurut Wells, pengumuman itu merupakan berita baik kepada masyarakat yang mencari rezeki di kawasan terjejas.
 
The following timeline includes the major developments related to the 2010 Gulf of Mexico oil spill. read more

1 comments:

nosembilanbelas said...

rosak alam sekitar..mati habis flora dan fauna termasuk yang tak boleh dilihat oleh mata kasar...sifat manusia yang letak akal di lutut.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...