Thursday, April 1, 2010

Sesi Soal Jawab Persidangan Parlimen...

Hari Ke-2 Persidangan, 17 Mac...

Dewan Rakyat Kecoh!

Ucapan sulung Anggota Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Mohd Zahrain Hashim selaku wakil rakyat Bebas yang mendedahkan punca beliau meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyebabkan suasana Persidangan Dewan Rakyat bertukar kecoh.
Malah, kurang lima minit selepas bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang itu berucap bermula 5.05 petang, ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bertindak keluar Dewan selepas Zahrain mengaitkan Anwar dengan kegagalan pakatan pembangkang untuk mengambil alih kerajaan Persekutuan melalui perancangan "16 Sept".

Zahrain yang menyifatkan rancangan itu sebagai usaha untuk mengambil alih kerajaan tanpa mengira kesannya, berkata beliau masih ingat bagaimana wakil rakyat PKR diperalatkan dan dibohongi kononnya wakil rakyat Barisan Nasional (BN) yang akan lompat parti lebih daripada mencukupi.

Katanya mereka diberitahu kononnya Yang di-Pertuan Agong sedang menunggu di Istana Negara untuk memberi perkenan kepada pakatan pembangkang untuk membentuk kerajaan.

Zahrain berkata demikian ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong merasmikan pembukaan penggal ketiga Parlimen ke-12 di Dewan Rakyat.



Hari Pertama Persidangan, 16 Mac...

Jangan Bersikap Prejudis!!!
Penghalang terbesar bagi kejayaan pencapaian 1Malaysia atau perpaduan negara yang lebih sempurna adalah kebimbangan serta ketakutan akibat prasangka dan prejudis yang tidak ditangani.

Oleh itu, semua rakyat Malaysia harus ikhlas memeriksa prasangka dan prejudis masing-masing dan jika tidak, kita berisiko menzalimi saudara-saudara kita.

Demikian kata Perdana Menteri, Datuk Seri Tun Razak di Dewan Rakyat.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan ahli parlimen Kapit Alexander Nantha Linggi yang meminta Perdana Menteri menyatakan tahap kejayaan Gagasan 1Malaysia dalam menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama buat masa sekarang.

Datuk Seri Najib berkata gagasan 1Malaysia "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" adalah satu falsafah induk yang merentas dasar dan matlamat akhirnya adalah perpaduan nasiona.

----------------------------------------------------------------

Seorang penyokong kerajaan menyarankan umat Islam di negara ini memboikot barangan keluaran Sweden sebagai bantahan terhadap tindakan tiga akhbar negara itu menyiarkan lakaran karikatur menghina Nabi Muhammad S.A.W.


Ahli parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said berkata kerajaan Sweden perlu memohon maaf kepada umat Islam di seluruh dunia kerana kejahilan warganya iaitu pelukis Lars Vilks yang jelas tidak menghormati agama Islam.
Beliau berkata demikian ketika membahas usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat.

Lakaran karikatur berkenaan yang pada mulanya dikemukakan kepada sebuah pusat warisan budaya Sweden untuk pameran, ditolak atas sebab-sebab keselamatan, tetapi sebuah akhbar Sweden kemudian menyiarkannya.
Ini membawa kepada bantahan negara-negara Islam dan Vilks menerima beberapa ancaman bunuh.
Pada 10 Mac lepas, tiga akhbar Sweden lain menyiarkan semula karikatur itu.

SORRY! DE PROBLEM NAK UPLOAD BERITA LAIN!!!! kalu uOls nak bayak info lagi dengar la kat 93.9 fm, atau layari di sini radio24

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...