Sunday, April 25, 2010

The Past, Present and Future

The PRESENT:

  • Be in the PRESENT if you want to be happy and successful
  • Focus on what is right now
  • Use your purpose to respond to WHAT IS IMPORTANT NOW

LEARN FROM THE PAST:
  • When you want to make the present better than the past
  • Look at what happened in the past
  • Learn something valuable from it
  • Do things differently in the present

PLAN FOR THE FUTURE:
  • When you want to make the future better than the present
  • See what a wonderful future would look like
  • Makes plan to help it happens
  • Put your plan into action in the PRESENT

Artikel ini diambil dari buku The Present (Dr Spencer Johnson- Penulis buku Who Moved My Cheese)

.

Friday, April 23, 2010

Kenali Negara di Dunia

Negara                                   Ibu kota                             Nama bahasa


1. Afghanistan[1]                     Kabul                                Pastho, dari Parsi[2]

2. Afrika Selatan                     Pretoria                              Afrikaans,Inggris

3. Afrika Tengah[3]                 Bangui                                Prancis [4]

4. Albania                               Tirana                                 Albania

5. Aljazair                               Aljir                                     Arab
                                                                                                              lagi...

Wednesday, April 21, 2010

Otak Yang Lesu



Apa akan jadi jika enjin kereta kita dibiarkan dengan lama tanpa dihidupkan? Mungkin kereta tu akan semput, susah nak start dan mungkin juga akan rosak.

Begitu juga dengan otak kita. Mungkin ramai yang menyangka, kalau otak kita selalu digunakan/ berfikir, ia akan rosak atau menjadi lesu kerana terlalu banyak digunakan/ berfikir.

 Sebenarnya, selalunya otak kita akan menjadi lebih efisyen dan lebih sihat apabila lebih banyak kita berfikir. Disini juga sebahagian daripada cara menggerakkan momentum untuk terus berjaya.

Berbanyak-banyak berfikir mengenai idea baru, cara menjadi lebih kreatif dalam keluarga dan kerjaya, cara mengambil hati suami/ isteri, cara yang paling efektif untuk mendidik anak-anak, cara lebih kreatif dalam perniagaan, strategi perniagaan baru, cara mendapat pelanggan, cara memulangkan pelanggan yang hilang dan sebagainya. 

Apa yang saya selalu lakukan adalah, bawa buku nota kecil (yang macam buku 555 tu), dan pen ke mana sahaja. Dapat sahaja idea, cepat-cepat saya tulis. Kadang-kadang, sehari, berpuluh-puluh idea yang kita dapat! 

Lebih banyak anda berfikir, lebih efisyen otak anda. Dan otak yang efisyen akan memberi idea-idea yang lebih bernas yang tidak pernah anda fikirkan!

Hadiri majlis-majlis ilmu untuk mendapat lebih banyak input dalam diri kita. Dengan membuka minda kepada lebih banyak input, kita akan dapat melihat lebih banyak peluang-peluang yang ada disekeliling kita.


Artikel ini diambil dari email oleh Irfan Khairi

SPA can be proposed to go!!


Wanita yg sibuk bekerja jgn lupe untuk rehatkan diri anda.. urat kat belakang tengkuk tu dah bersimpul dah! jgn sampai terputus sudah! ni tak, 8 jam straighttttt menghadap pc aje.. keje kuat la katekan huhu...  x termasuk lagi layan FB, update blog la mesti lebih 8 jam punye huhuhu...
Cuba la dptkn massage kat Cinta Sari Tradispa... ala2 kat Bali! :) Package dr hujung rambut hingga hujung kaki pun ade.
Sakit yg sementara, kesan berbaloi buat selamanya!!!

Thursday, April 1, 2010

Sesi Soal Jawab Persidangan Parlimen...

Hari Ke-2 Persidangan, 17 Mac...

Dewan Rakyat Kecoh!

Ucapan sulung Anggota Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Mohd Zahrain Hashim selaku wakil rakyat Bebas yang mendedahkan punca beliau meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyebabkan suasana Persidangan Dewan Rakyat bertukar kecoh.
Malah, kurang lima minit selepas bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang itu berucap bermula 5.05 petang, ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bertindak keluar Dewan selepas Zahrain mengaitkan Anwar dengan kegagalan pakatan pembangkang untuk mengambil alih kerajaan Persekutuan melalui perancangan "16 Sept".

Zahrain yang menyifatkan rancangan itu sebagai usaha untuk mengambil alih kerajaan tanpa mengira kesannya, berkata beliau masih ingat bagaimana wakil rakyat PKR diperalatkan dan dibohongi kononnya wakil rakyat Barisan Nasional (BN) yang akan lompat parti lebih daripada mencukupi.

Katanya mereka diberitahu kononnya Yang di-Pertuan Agong sedang menunggu di Istana Negara untuk memberi perkenan kepada pakatan pembangkang untuk membentuk kerajaan.

Zahrain berkata demikian ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong merasmikan pembukaan penggal ketiga Parlimen ke-12 di Dewan Rakyat.



Hari Pertama Persidangan, 16 Mac...

Jangan Bersikap Prejudis!!!
Penghalang terbesar bagi kejayaan pencapaian 1Malaysia atau perpaduan negara yang lebih sempurna adalah kebimbangan serta ketakutan akibat prasangka dan prejudis yang tidak ditangani.

Oleh itu, semua rakyat Malaysia harus ikhlas memeriksa prasangka dan prejudis masing-masing dan jika tidak, kita berisiko menzalimi saudara-saudara kita.

Demikian kata Perdana Menteri, Datuk Seri Tun Razak di Dewan Rakyat.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan ahli parlimen Kapit Alexander Nantha Linggi yang meminta Perdana Menteri menyatakan tahap kejayaan Gagasan 1Malaysia dalam menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama buat masa sekarang.

Datuk Seri Najib berkata gagasan 1Malaysia "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" adalah satu falsafah induk yang merentas dasar dan matlamat akhirnya adalah perpaduan nasiona.

----------------------------------------------------------------

Seorang penyokong kerajaan menyarankan umat Islam di negara ini memboikot barangan keluaran Sweden sebagai bantahan terhadap tindakan tiga akhbar negara itu menyiarkan lakaran karikatur menghina Nabi Muhammad S.A.W.


Ahli parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said berkata kerajaan Sweden perlu memohon maaf kepada umat Islam di seluruh dunia kerana kejahilan warganya iaitu pelukis Lars Vilks yang jelas tidak menghormati agama Islam.
Beliau berkata demikian ketika membahas usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat.

Lakaran karikatur berkenaan yang pada mulanya dikemukakan kepada sebuah pusat warisan budaya Sweden untuk pameran, ditolak atas sebab-sebab keselamatan, tetapi sebuah akhbar Sweden kemudian menyiarkannya.
Ini membawa kepada bantahan negara-negara Islam dan Vilks menerima beberapa ancaman bunuh.
Pada 10 Mac lepas, tiga akhbar Sweden lain menyiarkan semula karikatur itu.

SORRY! DE PROBLEM NAK UPLOAD BERITA LAIN!!!! kalu uOls nak bayak info lagi dengar la kat 93.9 fm, atau layari di sini radio24

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...