Sunday, February 27, 2011

Tip Motivasi Tahun Baru 2011


1. Sekiranya kita telah berusaha, tetapi matlamat kita tak tercapai juga, hanya 2 perkara penyebabnya- sama ada matlamat kita terlalu besar, atau jangka masa kita berikan terlalu singkat. Oleh itu, kecilkan sedikit matlamat atau panjangkan sedikit jangkamasa untuk pulihkan masalah ini tahun hadapan!

2. Ada berbagai2 kategori matlamat iaitu keluarga, peribadi, fizikal, kesihatan, mental, intelek, pendidikan, pembangunan diri, karier, kewangan, material dan spiritual. Anda perlu ada matlamat untuk setiap kategori. silapnya, ramai orang hanya mempunyai matlamat dlm 1 kategori sahaja- iaitu kewangan! Tahun 2011, pastikan anda punyai matlamat dlm setiap kategori di atas ;)

3. Semua orang mempunyai perasaan 'takut' kepada kegagalan. mereka yang berjaya juga punyai perasaan 'takut gagal'- saya pun ada ;). apa yang membezakan adalah, mereka yang berjaya walaupun punyai perasaan 'takut gagal', tetapi tetap lakukan juga

4. Fikir kan waktu2 yang pernah kita "in the zone", mungkin satu ketika dulu kita berjaya dalam sesuatu, atau capai sesuatu yang membanggakan, atau capai salah satu matlamat besar kita. gunakan waktu tersebut sebagai satu trigger/picu untuk capai kejayaan yang baru akan datang. always letakkan fikiran kita "in the zone"!

5. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. nak berdaya, memang susah. tetapi, untuk berDALIH, memang MUDAH. orang yang berjaya akan melakukan perkara-perkara yang susah. orang yang tak berjaya akan pilih yang mudah. so, kita pilih yang susah ok?


Artikel ini diambil dari email oleh Irfan Khairi

Wednesday, February 23, 2011

NILAI & ETIKA seorang Usahawan



Di sini terdapat sedikit peringatan untuk kita sebagai usahawan  dan bakal usahawan- iaitu mengenai nilai dan etika yang perlu ada pada seorang usahawan. Baru-baru ini saya terbaca dalam artikel yang menyentuh mengenai kepentingan nilai dan etika dalam perniagaan.

Nilai dilihat sebagai kepercayaan yang mendorong Usahawan untuk bertindak mengikut pemilihan yang berasaskan nilai-nilai utama masyarakat.
Manakala  Etika pula adalah tanggungjawab dan akibat tingkahlaku usahawan terhadap masyarakat. Seseorang Usahawan berkewajipan memahami tanggungjwab terhadap peranan dan perilaku sebagai usahawan.

Sebagai seorang usahawan, nilai-nilai asas perlu ada pada diri individu. Antara nilai-nilai yang tergolong dalam kelompok ini ialah amanah, bertanggungjawab, ikhlas, berdedikasi, berdisiplin, bekerjasama, bersih, sederhana dan tekun.
Secara spesifik, bagaimana usahawan perlu mempunyai nilai dan etika dalam perniagaan? Sebagai usahawan kita boleh mengamalkan nilai dan etika seperti di bawah;
  1. Berazam meninggikan mutu perniagaan
  2. Berniaga dengan penuh tanggungjawab
  3. Berusaha mengikis sikap mementingkan diri
  4. Berniaga dengan penuh muhibbah dan kemesraan
  5. Berniaga ke arah memajukan diri dan masyarakat
  6. Bekerjasama dalam meningkatkan jaringan perniagaan
  7. Berpegang teguh kepada ajaran dan amalan agama
Jadi anda bagaimana? Tahun 2011 nanti marilah kita sama- sama berazam untuk meningkatkan lagi nilai dan etika sebagai usahawan terbaik!!!


Artikel ini diambil dari email oleh Irfan Khairi

Sunday, February 20, 2011

Adakah ANDA mampu menjadi seorang USAHAWAN???


Sekiranya jawapan anda 'Ya', anda berada di landasan yang tepat. Banyak yang perlu anda fikirkan sebelum memulakan perniagaan ini. Untuk berjaya dalam perniagaan, kita perlukan tanggunjawab keinginan dan kemahuan yang tinggi.

Langkah yang pertama, periksa hati anda. Adakah anda dah bersedia untuk memulakan perniagaan ini? Dan bukannya atas idea, arahan atau paksaan dari orang lain. Pastikan ianya mestilah dari hati sendiri.

Tiga persoalan yang perlu anda fikirkan sebelum memulakan perniagaan kecil-kecilan:
  1. Adakah anda ingin menjalankan perniagaan ini sendiri?
    Membuat semua keputusan dan bertanggungjawab sepenuhnya atas perniagaan anda
  2. Adakah anda sanggup bekerja keras dan berkorban untuk segala keperluan diawal perniagaan ini?
  3. Adakah anda mempunyai keyakinan diri dan displin diri?
    Dimana ia akan membuat anda bersungguh-sungguh dalam membina perniagaan  sehingga berjaya.
Sekiranya anda menjawab 'TIDAK' pada semua soalan diatas, ini bermakna anda belum bersedia untuk membuat atau memulakan perniagaan.

Dan sekiranya anda memberi jawapan yang positif pada soalan-soalan tersebut, ini bermakna anda  telah bersedia untuk berfikir dengan serius bagi memulakan perniagaan.

Ada beberapa sifat dan sikap yang membuat seseorang itu sesuai untuk menjalankan perniagaan ini yang berjaya berbanding dengan orang lain;
  1. Ketekunan, kegigihan dan ketabahan yang ada pada diri kita
  2. Keinginan yang kuat
  3. Kemahuan untuk mengambil inisiatif
  4. Bersifat bersaingan
  5. Percaya pada diri sendiri
  6. Kekuatan yang kuat untuk berjaya
  7. Keyakinan diri
  8. Kesihatan yang baik

Ikutilah nasihat yang diberikan oleh Warren Buffet:
DUIT bukan segala-galanya. Untuk mendapat KEKAYAAN adalah hasil daripada kepercayaan pada DIRI SENDIRI dan cipta kejayaan.
DUIT diperlukan, bukan yang UTAMA dan jika meletakkan DUIT pada tempat yang pertama kita akan dibelenggu oleh masalah. Berikut adalah pesanan daripada Warren Buffet (orang ketiga terkaya di dunia) ;
Warren Buffet
Stay away from credit cards and bank loans  and invest in yourself. REMEMBER:

1: Money does not create man BUT it is the man who create money
2.: Live your life as simple as you are
3: Don't do what other people say, just listen to them, but do what you feel good.

-Warren Buffet


Artikel ini diambil dari email oleh Irfan Khairi 

Tuesday, February 15, 2011

Tip Pilihan: 5 tip kewangan dari Facebook Irfan Khairi


Bagi anda yang belum join FB Irfan Khairi, rajin-rajin lah klik "LIKE" di sini oleh kerana setiap hari Irfan Khairi berikan tip motivasi & tip kewangan ;)
Berikut adalah antara 5 tip kewangan TOP di facebook Irfan Khairi (berdasarkan LIKES) ;) :
  1. Try to eat in, kurangkan makan di luar. selalunya kalau makan kat luar 3x ganda harga kosnya. Contoh, nak buat burger di rumah, kos hanya RM1.00. kalau beli kat gerai RM3.00. kalau pergi kerja bawa bekal, pergi keluar makan dulu siap2 di rumah, pergi mana saja, kalau makan luar cuba fikir kosnya adalah 1/3 dari harga. Amalkan tabiat berjimat- sikit2, lama2 jadi bukit ;)
  2. PERTAMA; harta kekayaan boleh melalaikan, menggelapkan hati dan jadikan seseorang itu sombong & riak. KEDUA; harta kekayaan boleh membantu mereka yang susah, membangunkan agama & negara, serta menjadikan kita lebih bersyukur dgn segala kurniaan-Nya. "HARTA" tidak salah. Tetapi, ianya adalah PILIHAN & KEPU...TUSAN manusia untuk tidak memilih yang PERTAMA dan memilih yg KEDUA!
  3. Pada hari Jumaat dijadikan ada saat mustajab; tiada seorang berdoa bertepatan dengan saat itu pasti doa diterima selagi tidak berdoa untuk kejahatan / memutuskan hubungan keluarga. Jadi amalkan surah al-Waqiah. Riwayat Ibn Mardawaih: "Surah al-Waqiah adalah surah kekayaan. Hendaklah kamu membacanya dan aj...arkanlah ia kepada anak-anak kamu."
  4. Sebelum melaburkan atau menyimpan wang di mana-mana, pastikan kita tiada hutang seperti kad kredit. ini kerana, tiada gunanya melabur dan memperolehi katakan 10% dan pada waktu yang sama kita terpaksa membayar interest kad kredit 18%. budak-budak pun tahu kita sedang kerugian 8%. tak masuk akan bukan?
  5. Wang bukan segala-galanya. Tetapi, Kurangnya wang akan mengakibatkan stress yang tinggi. Kurangnya wang adalah antara sebab tertinggi berlaku perselisihan faham suami isteri. Kurangnya wang menyukarkan mendapat perubatan & pendidikan terbaik untuk keluarga. Walaupun wang bukan segala-galanya, tetapi wang ...adalah amat-amat penting dalam hidup!
Semoga dapat memanfaatkan anda! Sekiranya anda belum sertai Irfan Khairi di FACEBOOK, boleh sertai sekarang di http://www.facebook.com/irfankhairi.fb Jumpa di sana!


Artikel ini diambil dari email oleh Irfan Khairi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...