Thursday, January 24, 2013

PRU 13 : Kukuhkan Kerjasama Hadapi PRU

23 Jan - Kerjasama kukuh yang terjalin antara parti komponen BN selama ini boleh menjamin kejayaan pada  PRU-13.

Bekas PM, Tun Abdullah Ahmad Badawi secara peribadi berpendapat, parti komponen BN kini bekerja keras memastikan rakyat terus memperoleh manfaat pada pilihan raya umum akan datang.

Menurutnya, rekod cemerlang BN selama 50 tahun dalam membangunkan negara merupakan sesuatu yang unik dan wajar dipertahankan.

Seandainya, rakyat memilih parti lain untuk memerintah tentu sekali usaha-usaha kesinambungan pembangunan itu tidak dapat dilaksanakan, katanya.

Pada masa sama, beliau menasihatkan, kesemua bakal calon dan mereka yang tidak terpilih sebagai calon PRU-13, meletakkan kemenangan BN sebagai keutamaan.

Sumber : Utusan

PRU 13 : Undi Pos

23 Jan - 125 permohonan diterima daripada rakyat Malaysia di luar negara yang ingin mengundi secara pos pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, setakat semalam, permohonan paling banyak diterima dari Australia diikuti United Kingdom.

Ada pemohon yang tidak layak mengundi secara pos disebabkan mereka tidak mendaftar sebagai pemilih.

Peraturan yang membenarkan rakyat Malaysia di luar negara untuk mengundi secara pos diwartakan pada 21 Januari lalu berdasarkan tiga syarat.

Syarat-syarat itu ialah:

1) perlu menjadi pengundi berdaftar

2) pernah berada di Malaysia atau kembali ke negara ini tidak kurang 30 hari dalam tempoh lima tahun sebelum pembubaran Parlimen dan Dewan Undangan Negeri yang sedang berkuat kuasa

3) menetap di luar negara kecuali mereka yang tinggal di Selatan Thailand, Singapura, Brunei dan Kalimantan.

Sumber : Kosmo


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...