Tuesday, May 11, 2010

UMNO - 64 Tahun!


Hari ini, genap 64 tahun usia Umno sebagai sebuah parti politik.

Bagi mengingati hari bersejarah itu, sambutan untuk meraikan Hari Umno akan diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Majlis itu akan bermula dengan solat Maghrib berjemaah diikuti bacaan Yassin, Tahlil serta doa kesyukuran sebelum solat Isyak di Dewan Tun Razak 4, PWTC.

Ia akan disusuli dengan ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden parti, dan majlis penyampaian Anugerah Tokoh Melayu Terbilang.

Orang ramai khususnya para anggota Umno dijemput untuk bersama-sama meraikan majlis bersejarah itu.

...

Wednesday, May 5, 2010

Tempat Terhangat untuk MELABUR




Sekiranya anda mempunyai wang sebanyak RM1,000, RM5,000 atau RM10,000, di manakah tempat terbaik dan terhangat di pasaran untuk anda laburkan wang anda untuk mendapat pulangan yang maksimum? 

Jawapannya adalah, laburkan pada diri anda sendiri! Gunakan wang itu untuk meningkatkan ilmu anda dalam mencari pendapatan yang lebih! 

Sememangnya jumlah RM1,000, RM5,000 atau RM10,000 boleh dilaburkan di institusi kewangan untuk pulangan mungkin 10%... atau 12%? Tetapi, sekiranya anda melaburkan untuk meningkatkan ilmu anda dalam bidang perniagaan (contohnya), ia dapat melipat kali gandakan pendapatan anda sehingga 100%...200% dan selalunya lebih dari itu sekiranya anda melabur secukupnya dalam ilmu. 

Oleh itu, tempat pertama untuk anda melaburkan wang anda adalah kepada ilmu anda sendiri untuk melipat kali gandakan ilmu anda dan ia juga akan melipatkali gandakan pendaptan anda! 


Artikel ini diambil dari email oleh Irfan Khairi

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...