Friday, December 2, 2011

Lokasi Berisiko Banjir Kilat di KL

DBKL Kenal Pasti Beberapa Lokasi Banjir Di Ibu Negara

KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengenal pasti beberapa kawasan di ibu negara yang berisiko tinggi dilanda banjir kilat pada musim tengkujuh ini.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail berkata kesemua kawasan yang dikenal pasti itu terletak di kawasan rendah berhampiran sungai, antaranya KampungKasipillay, Off Jalan Ipoh; kawasan Segambut Dalam/Segambut Tengah/Segambut Bahagia; Jalan Tun Razak/Jalan Gurney/Jalan Gurney Kiri dan Setapak - Jalan Air Panas/Jalan Air Madu.

"Kawasan lain termasuk Kampung Cheras Baru, Kawasan Jalan 9; Taman Goodwood, JalanKelang Lama; Jalan Ampang depan Bangunan RISDA Building dan Taman Angsana, off Jalan Puchong," katanya ketika ditemu bual dalam program Ala Carte Pagi terbitan Bernama Radio24, di sini Jumaat.

Beliau berkata kejadian banjir di ibu negara kebanyakan berlaku setempat berpunca daripada sistem perparitan tersumbat oleh sampah sarap atau kelodak dan banjir di permukaan jalan akibat dari 'scupper drains' tersumbat.

Sehubungan itu, katanya satu Jawatankuasa Pengurusan Bantuan Bencana Peringkat DBKL ditubuhkan dalam usaha memastikan tugas-tugas mengurus, menyelaras dan memberi bantuan dapat dilaksanakan dengan cepat apabila berlaku banjir kilat.

Ahmad Fuad berkata DBKL juga telah mengaktifkan Bilik Gerakan Banjir sejak 1 Nov lalu yang dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan seperti maklumat bacaan paras air,pusat perhubungan yang bertanggungjawab menerima, menyalur maklumat atau aduan danmemantau status kejadian bencana yang berlaku.

Warga kota juga boleh mendapatkan maklumat mengenai banjir melalui Sistem Elektronik Papan Tanda Amaran Banjir yang ditempatkan di beberapa lokasi-lokasi di pusat bandar. -- BERNAMA

* Dengarkan Ala Carte Pagi, Isnin hingga Jumaat, 8.30AM di siaran FM93.9 BERNAMA Radio24. Maklumat lanjut layari www.radio24.com.my

Wednesday, March 9, 2011

IDEA Hebat!!!


Semua orang mempunyai idea hebat

Sering kali, ramai antara kita selalu mempunyai idea hebat. Silap-silap, semua orang pernah mempunyai idea yang hebat bermain di fikiran. Idea tersebut, mungkin dalam bentuk menciptakan sesuatu, menghasilkan sesuatu atau berniaga sesuatu.

Semua orang mempunyai idea hebat yang kadang kala berlegar difikiran yang mungkin boleh membuatnya kaya & juga terkenal. Penyelidikan ada mengatakan bahawa setiap orang akan terlintas sekurang kurangnya satu idea setiap hari!


    Tetapi, kesilapan yang paling besar adalah, kita abaikan idea tersebut oleh kerana... idea itu datang daripada kita sendiri!


Kita sering melihat dan menganggap orang lain yang mendapat idea, dan mengimplementasikan idea tersebut adalah hebat dan lebih bijak dari kita. Bila tibanya kita sendiri mendapat idea, kita rasa kita ni kurang bijak... dan kurang hebat.


    Pemikiran begitu adalah salah!


Lihat sahaja idea-idea perniagaan di sekeliling anda. Kebanyakannya bukanlah hasil daripada orang yang hebat & bijak. Tetapi, dihasilkan oleh mereka yang percayakan idea masing-masing dan mengambil langkah untuk mereliasasikan idea tersebut :)


Artikel ini diambil dari email oleh Irfan Khairi

Sunday, March 6, 2011

Bilionair pun BERJIMAT cermat!!!



Terkejut apabila saya terbaca berita di Internet mengatakan antara orang terkaya di dunia hidup berjimat cermat.

    Pemilik Wal-Mart, antara pasaraya terbesar di US, Jim Walton, hanya membawa kereta nya yang berumur 15 tahun ke kerja.
    Ingvar Kamprad, pemilik Ikea di Sweden membawa kereta Volvo berumur 15 tahun, terbang menaiki kelas ekonomi sahaja, dan makan di restoran-restoran murah
    Warren Buffet, billionaire terkenal dan antara orang terkaya di dunia, tinggal di rumahnya yang dibeli pada harga US31,000 sejak 50 tahun lalu!
    Azim Premji, Tycoon perniagaan dari India hanya membawa kereta Toyota Corolla
    Billionaire John Caudwell and David Cheriton pilih untuk memotong sendiri di rumah sahaja tanpa pergi kedai gunting rambut mahal.

Dapatkan role model dalam bidang kewangan. Ia tidak semestinya orang yang anda kenali, seperti ikon di TV, ataupun orang yang anda kenali, jiran, rakan sekerja atau ahli keluarga. Billionaire seperti Warren Buffet menjalankan hidup secara sederhana. Ini boleh menjadi role model kewangan kita.

Ataupun anda mempunyai pakcik yang menjalankan perniagaan yang berjaya tetapi hidup sederhana bersama keluarga. Atau anda mengenali seorang CEO syarikat besar, tetapi tetap merendah diri dari segi kewangan.

Tan Sri Mokhtar Bukhari adalah role model yang hebat, sebagai bumiputera terkaya di Malaysia, tetap menderma berjuta RM dibawah Yayasan Al Bukhari untuk mereka yang kurang bernasib baik.

Dapatkan role model (tidak semestinya seorang sahaja) dan ikuti tabiat kewangan mereka. Manusia mudah belajar daripada melihat manusia yang lain. Kuncinya adalah, pastikan role model yang dipilih adalah role model yang betul!



Artikel ini diambil dari email oleh Irfan Khairi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...