Showing posts with label irfan khairi. Show all posts
Showing posts with label irfan khairi. Show all posts
Wednesday, March 9, 2011
IDEA Hebat!!!
Posted by indah at Wednesday, March 09, 2011Semua orang mempunyai idea hebat
Sering kali, ramai antara kita selalu mempunyai idea hebat. Silap-silap, semua orang pernah mempunyai idea yang hebat bermain di fikiran. Idea tersebut, mungkin dalam bentuk menciptakan sesuatu, menghasilkan sesuatu atau berniaga sesuatu.
Semua orang mempunyai idea hebat yang kadang kala berlegar difikiran yang mungkin boleh membuatnya kaya & juga terkenal. Penyelidikan ada mengatakan bahawa setiap orang akan terlintas sekurang kurangnya satu idea setiap hari!
Tetapi, kesilapan yang paling besar adalah, kita abaikan idea tersebut oleh kerana... idea itu datang daripada kita sendiri!
Kita sering melihat dan menganggap orang lain yang mendapat idea, dan mengimplementasikan idea tersebut adalah hebat dan lebih bijak dari kita. Bila tibanya kita sendiri mendapat idea, kita rasa kita ni kurang bijak... dan kurang hebat.
Pemikiran begitu adalah salah!
Lihat sahaja idea-idea perniagaan di sekeliling anda. Kebanyakannya bukanlah hasil daripada orang yang hebat & bijak. Tetapi, dihasilkan oleh mereka yang percayakan idea masing-masing dan mengambil langkah untuk mereliasasikan idea tersebut :)
Artikel ini diambil dari email oleh Irfan Khairi
Sunday, March 6, 2011
Bilionair pun BERJIMAT cermat!!!
Posted by indah at Sunday, March 06, 2011Terkejut apabila saya terbaca berita di Internet mengatakan antara orang terkaya di dunia hidup berjimat cermat.
Pemilik Wal-Mart, antara pasaraya terbesar di US, Jim Walton, hanya membawa kereta nya yang berumur 15 tahun ke kerja.
Ingvar Kamprad, pemilik Ikea di Sweden membawa kereta Volvo berumur 15 tahun, terbang menaiki kelas ekonomi sahaja, dan makan di restoran-restoran murah
Warren Buffet, billionaire terkenal dan antara orang terkaya di dunia, tinggal di rumahnya yang dibeli pada harga US31,000 sejak 50 tahun lalu!
Azim Premji, Tycoon perniagaan dari India hanya membawa kereta Toyota Corolla
Billionaire John Caudwell and David Cheriton pilih untuk memotong sendiri di rumah sahaja tanpa pergi kedai gunting rambut mahal.
Dapatkan role model dalam bidang kewangan. Ia tidak semestinya orang yang anda kenali, seperti ikon di TV, ataupun orang yang anda kenali, jiran, rakan sekerja atau ahli keluarga. Billionaire seperti Warren Buffet menjalankan hidup secara sederhana. Ini boleh menjadi role model kewangan kita.
Ataupun anda mempunyai pakcik yang menjalankan perniagaan yang berjaya tetapi hidup sederhana bersama keluarga. Atau anda mengenali seorang CEO syarikat besar, tetapi tetap merendah diri dari segi kewangan.
Tan Sri Mokhtar Bukhari adalah role model yang hebat, sebagai bumiputera terkaya di Malaysia, tetap menderma berjuta RM dibawah Yayasan Al Bukhari untuk mereka yang kurang bernasib baik.
Dapatkan role model (tidak semestinya seorang sahaja) dan ikuti tabiat kewangan mereka. Manusia mudah belajar daripada melihat manusia yang lain. Kuncinya adalah, pastikan role model yang dipilih adalah role model yang betul!
Artikel ini diambil dari email oleh Irfan Khairi
Wednesday, March 2, 2011
5 Perkara sebelum mulakan Perniagaan
Posted by indah at Wednesday, March 02, 2011Kebebasan daripada arahan dan suruhan yang dikeluarkan oleh pihak atasan serta alasan untuk membuat keputusan sendiri tanpa dipengarui oleh orang lain kadang kala merupakan faktor terpenting seseorang itu terlibat dalam memilih perniagaan sebagai sumber rezeki. Sebelum anda meneruskan perancangan untuk memulakan perniagaan, adalah lebih baik sekiranya anda menilai diri sendiri serta bertanya pada diri sendiri mengenai bebarapa persoalan penting seperti di bawah;
1. Adakah anda mempunyai modal permulaan yang cukup serta mempunyai pendapatan sokongan?
Ia adalah duit untuk menghasilkan duit walaupun perniagaan yang dijalankan adalah pada skala yang kecil seperti perniagaan kecil-kecilan di rumah. Pastikan anda mempunyai aliran tunai yang mencukupi untuk menyediakan keperluan-keperluan yang asas serta penetapan pemasaran sebelum anda menceburkan diri dalam perniagaan. Anda dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat daripada mereka yang sudah menjalankan perniagaan mengenai jangka masa untuk memperolehi pulangan perniagaan. Ini penting kerana dapat membantu anda mengatur starategi kewangan supaya anda lebih berhemah dalam urusan perbelanjaan anda seharian.
2. Adakah anda merupakan seorang yang berdikari?
Persoalan ini harus anda tanya kepada diri anda sendiri kerana persoalan ini merupakan kualiti utama sebelum anda membuat keputusan untuk menjadi entrepreneur. Jika anda seorang yang suka mengambil sikap tunggu dan lihat ataupun membuat sesuatu perkara atas arahan pihak atasan maka anda tergolong dalam golongan yang sesuai untuk makan gaji sahaja. Sebaliknya, jika anda berupaya untuk berfikir secara kreatif dan juga memberikan satu kesan kepada orang lain atau pun masyarakat anda sememangnya boleh dikategorikan sebagai orang yang boleh berjaya dalam perniagaan yang anda ceburi.
3. Adakah anda tergolong dalam kumpulan yang boleh bekerja melangkaui had masa standard 9 - 5 setiap hari?
Jika anda bekerja dengan seseorang, anda dikatakan sebagai terikat dengan jadual kerja yang ditetapkan oleh majikan. Pada satu-satu masa, anda boleh melupakan masalah di tempat kerja dan menumpukan perhatian kepada keluarga serta berehat. Namun, sebagi seorang entrepreneur anda dikatakan mempunyai tanggungjawab yang sangat besar dan masa bekerja anda berbeza denga mereka yang makan gaji. Jika anda gemar dan suka kepada pulangan jangka panjang yang bakal anda perolehi, kepayahan ini bukannya satu halangan kepada anda dengan bekerja pada masa orang lain menikmati waktu rehat mereka. Sekali lagi tidak ada betul atau salah dalam konsep ini. Ia hanya merupakan persoalan yang perlu anda tanya dan teliti kepada diri anda sebelum keputusan anda ambil untuk menceburkan diri dalam perniagaan.
4.Adakah anda mempunyai sokongan yang KUAT daripada keluarga?
Kadangkala anda mempunyai idea yang bernas untuk menjalankan perniagaan. Adalah lebih baik, sebelum anda memulakan langkah pertama dalam perniagaan, kongsikan idea tersebut bersama keluarga anda. Suami kepada isteri, isteri kepada suami, anak kepada ibu bapa...sangat elok dan berkesan untuk mendapat restu.
5.Adakah anda benar-benar minat dalam menjalankan perniagaan anda ini?
Untuk benar-benar berjaya, usahawan perlu mempunyai semangat daya-juang yang tinggi dalam perniagaan mereka. Jika anda telah memilih untuk menjadi usahawan dan apa yang anda lakukan tidak seperti apa yang anda mahukan, motivasi yang tinggi diperlukan untuk menjayakan impian anda. Lakukan perniagaan yang anda benar-benar suka dan tahu mengenai perniagaan yang ingin anda lakukan kerana ia akan mendatangkan keseronokan dan keseronokan ini akan membuahkan hasil yang baik.
Satu perkara yang harus anda ingat. Tidak ada salah sama ada anda ingin bekerja dengan seseorang ataupun berniaga. Banyak kelebihan dari aspek keselamatan, pendapatan, jadual bekerja yang standard, dan faedah-faedah yang lain. Namun demikian, sekiranya anda memiliki kualiti sebagai usahawan serta idea perniagaan yang berkesan, anda dialu-alukan untuk melibatkkan diri dalam bidang keusahawanan kerana ia adalah jalan yang terbaik untuk kehidupan anda.
Seperti kata-kata yang disampaikan oleh Micheal Gerber,
"The entrepreneur in us sees opportunities everywhere we look, but many people see only problems everywhere they look. The entrepreneur in us is more concerned with discriminating between opportunities than he or she is with failing to see the opportunities".
Artikel ini diambil dari email oleh Irfan Khairi
Sunday, February 27, 2011
Tip Motivasi Tahun Baru 2011
Posted by indah at Sunday, February 27, 20111. Sekiranya kita telah berusaha, tetapi matlamat kita tak tercapai juga, hanya 2 perkara penyebabnya- sama ada matlamat kita terlalu besar, atau jangka masa kita berikan terlalu singkat. Oleh itu, kecilkan sedikit matlamat atau panjangkan sedikit jangkamasa untuk pulihkan masalah ini tahun hadapan!
2. Ada berbagai2 kategori matlamat iaitu keluarga, peribadi, fizikal, kesihatan, mental, intelek, pendidikan, pembangunan diri, karier, kewangan, material dan spiritual. Anda perlu ada matlamat untuk setiap kategori. silapnya, ramai orang hanya mempunyai matlamat dlm 1 kategori sahaja- iaitu kewangan! Tahun 2011, pastikan anda punyai matlamat dlm setiap kategori di atas ;)
3. Semua orang mempunyai perasaan 'takut' kepada kegagalan. mereka yang berjaya juga punyai perasaan 'takut gagal'- saya pun ada ;). apa yang membezakan adalah, mereka yang berjaya walaupun punyai perasaan 'takut gagal', tetapi tetap lakukan juga
4. Fikir kan waktu2 yang pernah kita "in the zone", mungkin satu ketika dulu kita berjaya dalam sesuatu, atau capai sesuatu yang membanggakan, atau capai salah satu matlamat besar kita. gunakan waktu tersebut sebagai satu trigger/picu untuk capai kejayaan yang baru akan datang. always letakkan fikiran kita "in the zone"!
5. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. nak berdaya, memang susah. tetapi, untuk berDALIH, memang MUDAH. orang yang berjaya akan melakukan perkara-perkara yang susah. orang yang tak berjaya akan pilih yang mudah. so, kita pilih yang susah ok?
Artikel ini diambil dari email oleh Irfan Khairi
Wednesday, February 23, 2011
NILAI & ETIKA seorang Usahawan
Posted by indah at Wednesday, February 23, 2011Di sini terdapat sedikit peringatan untuk kita sebagai usahawan dan bakal usahawan- iaitu mengenai nilai dan etika yang perlu ada pada seorang usahawan. Baru-baru ini saya terbaca dalam artikel yang menyentuh mengenai kepentingan nilai dan etika dalam perniagaan.
Nilai dilihat sebagai kepercayaan yang mendorong Usahawan untuk bertindak mengikut pemilihan yang berasaskan nilai-nilai utama masyarakat.
Manakala Etika pula adalah tanggungjawab dan akibat tingkahlaku usahawan terhadap masyarakat. Seseorang Usahawan berkewajipan memahami tanggungjwab terhadap peranan dan perilaku sebagai usahawan.
Sebagai seorang usahawan, nilai-nilai asas perlu ada pada diri individu. Antara nilai-nilai yang tergolong dalam kelompok ini ialah amanah, bertanggungjawab, ikhlas, berdedikasi, berdisiplin, bekerjasama, bersih, sederhana dan tekun.
Secara spesifik, bagaimana usahawan perlu mempunyai nilai dan etika dalam perniagaan? Sebagai usahawan kita boleh mengamalkan nilai dan etika seperti di bawah;
- Berazam meninggikan mutu perniagaan
- Berniaga dengan penuh tanggungjawab
- Berusaha mengikis sikap mementingkan diri
- Berniaga dengan penuh muhibbah dan kemesraan
- Berniaga ke arah memajukan diri dan masyarakat
- Bekerjasama dalam meningkatkan jaringan perniagaan
- Berpegang teguh kepada ajaran dan amalan agama
Jadi anda bagaimana? Tahun 2011 nanti marilah kita sama- sama berazam untuk meningkatkan lagi nilai dan etika sebagai usahawan terbaik!!!
Artikel ini diambil dari email oleh Irfan Khairi
Sunday, February 20, 2011
Adakah ANDA mampu menjadi seorang USAHAWAN???
Posted by indah at Sunday, February 20, 2011Sekiranya jawapan anda 'Ya', anda berada di landasan yang tepat. Banyak yang perlu anda fikirkan sebelum memulakan perniagaan ini. Untuk berjaya dalam perniagaan, kita perlukan tanggunjawab keinginan dan kemahuan yang tinggi.
Langkah yang pertama, periksa hati anda. Adakah anda dah bersedia untuk memulakan perniagaan ini? Dan bukannya atas idea, arahan atau paksaan dari orang lain. Pastikan ianya mestilah dari hati sendiri.
Tiga persoalan yang perlu anda fikirkan sebelum memulakan perniagaan kecil-kecilan:
- Adakah anda ingin menjalankan perniagaan ini sendiri?
Membuat semua keputusan dan bertanggungjawab sepenuhnya atas perniagaan anda - Adakah anda sanggup bekerja keras dan berkorban untuk segala keperluan diawal perniagaan ini?
- Adakah anda mempunyai keyakinan diri dan displin diri?
Dimana ia akan membuat anda bersungguh-sungguh dalam membina perniagaan sehingga berjaya.
Sekiranya anda menjawab 'TIDAK' pada semua soalan diatas, ini bermakna anda belum bersedia untuk membuat atau memulakan perniagaan.
Dan sekiranya anda memberi jawapan yang positif pada soalan-soalan tersebut, ini bermakna anda telah bersedia untuk berfikir dengan serius bagi memulakan perniagaan.
Ada beberapa sifat dan sikap yang membuat seseorang itu sesuai untuk menjalankan perniagaan ini yang berjaya berbanding dengan orang lain;
- Ketekunan, kegigihan dan ketabahan yang ada pada diri kita
- Keinginan yang kuat
- Kemahuan untuk mengambil inisiatif
- Bersifat bersaingan
- Percaya pada diri sendiri
- Kekuatan yang kuat untuk berjaya
- Keyakinan diri
- Kesihatan yang baik
Ikutilah nasihat yang diberikan oleh Warren Buffet:
DUIT bukan segala-galanya. Untuk mendapat KEKAYAAN adalah hasil daripada kepercayaan pada DIRI SENDIRI dan cipta kejayaan.
DUIT diperlukan, bukan yang UTAMA dan jika meletakkan DUIT pada tempat yang pertama kita akan dibelenggu oleh masalah. Berikut adalah pesanan daripada Warren Buffet (orang ketiga terkaya di dunia) ;
Warren Buffet
Stay away from credit cards and bank loans and invest in yourself. REMEMBER:
1: Money does not create man BUT it is the man who create money
2.: Live your life as simple as you are
3: Don't do what other people say, just listen to them, but do what you feel good.
-Warren Buffet
Artikel ini diambil dari email oleh Irfan Khairi
Tuesday, February 15, 2011
Tip Pilihan: 5 tip kewangan dari Facebook Irfan Khairi
Posted by indah at Tuesday, February 15, 2011Berikut adalah antara 5 tip kewangan TOP di facebook Irfan Khairi (berdasarkan LIKES)
:
- Try to eat in, kurangkan makan di luar. selalunya kalau makan kat luar 3x ganda harga kosnya. Contoh, nak buat burger di rumah, kos hanya RM1.00. kalau beli kat gerai RM3.00. kalau pergi kerja bawa bekal, pergi keluar makan dulu siap2 di rumah, pergi mana saja, kalau makan luar cuba fikir kosnya adalah 1/3 dari harga. Amalkan tabiat berjimat- sikit2, lama2 jadi bukit
- PERTAMA; harta kekayaan boleh melalaikan, menggelapkan hati dan jadikan seseorang itu sombong & riak. KEDUA; harta kekayaan boleh membantu mereka yang susah, membangunkan agama & negara, serta menjadikan kita lebih bersyukur dgn segala kurniaan-Nya. "HARTA" tidak salah. Tetapi, ianya adalah PILIHAN & KEPU...TUSAN manusia untuk tidak memilih yang PERTAMA dan memilih yg KEDUA!
- Pada hari Jumaat dijadikan ada saat mustajab; tiada seorang berdoa bertepatan dengan saat itu pasti doa diterima selagi tidak berdoa untuk kejahatan / memutuskan hubungan keluarga. Jadi amalkan surah al-Waqiah. Riwayat Ibn Mardawaih: "Surah al-Waqiah adalah surah kekayaan. Hendaklah kamu membacanya dan aj...arkanlah ia kepada anak-anak kamu."
- Sebelum melaburkan atau menyimpan wang di mana-mana, pastikan kita tiada hutang seperti kad kredit. ini kerana, tiada gunanya melabur dan memperolehi katakan 10% dan pada waktu yang sama kita terpaksa membayar interest kad kredit 18%. budak-budak pun tahu kita sedang kerugian 8%. tak masuk akan bukan?
- Wang bukan segala-galanya. Tetapi, Kurangnya wang akan mengakibatkan stress yang tinggi. Kurangnya wang adalah antara sebab tertinggi berlaku perselisihan faham suami isteri. Kurangnya wang menyukarkan mendapat perubatan & pendidikan terbaik untuk keluarga. Walaupun wang bukan segala-galanya, tetapi wang ...adalah amat-amat penting dalam hidup!
Artikel ini diambil dari email oleh Irfan Khairi
Wednesday, November 17, 2010
Susah ke Senang Menjalankan Perniagaan???
Posted by indah at Wednesday, November 17, 2010Menjalankan perniagaan, senang ke, susah?
* Bagi mereka yang belum lagi memulakan perniagaan, ramai yang fikir perniagaan tu senang
* Bagi mereka yang baru menjalankan perniagaan, ramai yang fikirkan perniagaan tu susah
* Bagi mereka yang dah berpengalaman dalam perniagaan, mereka rasakan perniagaan itu senang
Sama ada perniagaan itu senang atau susah, bergantung kepada tahap keadaan kita. Bila kita belum lagi memulakan perniagaan, kita lihat seperti perniagaan ini senang. Kerana kita belum lagi "merasa" perniagaan. Kita sekadar melihat kisah-kisah orang berjaya dalam perniagaan.
Bila kita BARU mulakan perniagaan, baru kita rasa perniagaan tu susah. Kerana sebelum ni kita kaitkan perniagaan dengan keuntungan sahaja. Tak pula fikir tentang perlu promosi, perlu menjaga pelanggan, perlu lakukan accounting, perlu handle staff, perlu fikirkan kaedah dan strategi untuk bersaing dengan pesaing yang begitu ramai!
Bila kita dah setahun dua berpengalaman dalam perniagaan, baru kita rasa perniagaan tu senang kembali kerana kita dah biasa dengan perniagaan & belajar selok belok perniagaan sepanjang pengalaman kita ;)
Masalahnya, ramai yang give up atau berputus asa sebelum sampai tahap perniagaan itu senang kembali. Dalam masa setahun, apabila melalui kesukaran perniagaan, ramai yang gulung tikar kerana tak tahan... betapa susahnya menjalankan perniagaan!
Artikel ini diambil dari email oleh Irfan Khairi
Friday, July 23, 2010
3 Cara TIDAK melewat-lewatkan kerja!
Posted by indah at Friday, July 23, 2010Sering kita dengar sikap ini, kata mat salleh "procrastination". Saya gelarnya sebagai the Silent Killer (membunuh dengan senyap!).
Sikap ini amat merugikan kita (sering kali secara tak sedar) kerana ia merugikan masa, wang dan juga kejayaan kita. Yup! melewat-lewatkan masa, umpama meragut kejayaan kita di masa hadapan.
Secara purata, setiap manusia mendapat sekurang-kurangnya 2 idea setiap hari.
Namun, kebanyakan idea tersebut tidak direlisasikan oleh kerana tabiat melewat-lewatkan masa. "Eh, nanti la aku buat tu", "Alamak... takde masa la nak lakukan ini", "Boleh ke aku berjaya? macam tak boleh je... lain kali je lah" dan seribu satu lagi alasan untuk membantu menyedapkan hati kita supaya melewat-lewatkan masa.
Cara #1: Beri tekanan pada diri sendiri
Ramai antara kita menunggu sesuatu atau seseorang untuk memotivasikan mereka. Sebenarnya motivasi ada di mana-mana sahaja. Dengan hanya menunggu, tiada apa yang akan berlaku. Antara kita, hanya 2% sahaja yang boleh memulakan sesuatu tanpa sebarang pengawasan atau suruhan. Mereka ini digelar pemimpin. Sekiranya anda menunggu, anda akan menunggu untuk selama-lamanya.
Pemimpin melakukan pilihan sendiri untuk terus berusaha, golongan ini meletakkan satu standard yang tinggi. Anda perlu menanamkan semangat sebagai seorang pemimpin dan lakukan lebih daripada apa yang sepatutnya anda lakukan. Sekiranya anda bekerja, lakukan lebih daripada apa yang anda dibayar.
Sekiranya kita melakukan sesuatu lebih daripada kemampuan kita, kita akan merasakan kepuasan dan semangat akan semakin menjadi tinggi. Sekiranya anda melakukan kerja yang anda ingin siapkan pada kadar segera, anggap dan letakkan tekanan bahawa ia mesti disiapkan pada kadar yang segera.

Anggap hari esok anda perlu ke outstation dan kerja di tangan anda ini mesti di siapkan juga sebelum malam ini. Bayangkan dan Tanya pada diri anda sendiri, sekiranya esok saya harus pergi outstation, apa perlu saya lakukan untuk menyiapkan kerja saya pada hari ini juga. read more
Monday, July 12, 2010
Tip Perniagaan Internet: Strategi menjalankan perniagaan Internet Tanpa Modal - BERI FOKUS!
Posted by indah at Monday, July 12, 2010Alasan favorite tak dapat mulakan perniagaan yang paling favorite sering saya dengar adalah "Tak ada modal... macam mana nak mulakan perniagaan?"
Jawapan saya adalah, always mulakan secara kecil-kecilan dulu. Jarang saya galakkan menggunakan pinjaman daripada institusi kewangan. Gunakan duit sendiri atau keluarga yang memahami. Bila kita bermula kecil, makin banyak ilmu yang kita akan pelajari dalam membesarkan perniagaan kita.
Satu pilihan memulakan perniagaan tanpa modal (atau modal minima) adalah dengan menjalankan perniagaan berbentuk affiliate di Internet.
Perniagaan affiliate adalah apabila kita menjual produk usahawan Internet lain melalui laman web kita dan mendapat komisyen daripada hasil jualan.
Ramai yang beranggapan, atau fikir, perniagaan berbentuk affiliate adalah perniagaan kecil-kecilan dan hanya wujud secara sampingan. Sebenarnya, untuk berjaya dalam perniagaan affiliate, anggap perniagaan tersebut adalah perniagaan utama anda!
Berikut adalah 3 contoh laman web yang berkonsepkan menjalankan perniagaan affiliate (perniagaan Internet tanpa modal):
* http://www.livingroom.org.au/photolog/ : Laman ini menjual berbagai-bagai jenis kamera- tanpa mereka menyimpan stok satu kamera pun! Dengan hanya menyertai program affiliate daripada Amazon.com
* http://www.gatzet.com/ : juga adalah peminat gadget-gadget canggih dan menjalankan perniagaan Internet tanpa modal dengan menyertai program affiliate!
* http://www.thetoyreview.com/blog/ : pula adalah usahawan yang berminat menjual permainan kanak-kanak, tetapi tidak menggunakan sebarang modal- hanya dengan menyertai program affiliate perniagaan internet lain yang menjual permianan di Internet!
Satu strategi yang amat penting untuk memaksimakan pulangan kita adalah dengan cara memberi FOKUS kepada satu jenis produk atau perkhidmatan sahaja!
Maksudnya, sekiranya anda berminat menjual kamera, pastikan fokus pada kamera sahaja yang anda jual di satu laman web. Sekiranya anda minat pada gadget, pastikan fokus pada gadget sahaja. Sekiranya anda minat pada permainan kanak-kanak, fokus pada permainan kanak-kanak sahaja!
Jangan di campur! sebagai contoh, menjual kamera DAN jam tangan sekali. Atau menjual gadget DAN peralatan sukan sekali. Atau menjual permainan kanak-kanak DAN produk kesihatan sekali. Ini adalah teknik yang salah.
Dengan cara memberi fokus kepada satu jenis produk sahaja, ia juga menjadikan pelanggan anda FOKUS untuk MEMBELI dari anda!
So, lepas ni, no more alasan TIADA MODAL dalam menjalankan perniagaan di Internet ;) Daripada menyertai skim-skim cepat kaya di Internet (yang pastinya perlukan wang modal), baik sertai perniagaan program affliate. Tak perlu bayar pun untuk menyertai. Pilihan yang lebih bijak bukan?

Thursday, July 8, 2010
Minda yang positif PASTI membawa kepada KEJAYAAN!
Posted by indah at Thursday, July 08, 2010Kita tahu bahawa berfikir positif dalam apa sahaja adalah perkara yang akan membantu pencapaian kejayaan kita. Namun, seringkali fikiran negatif akan hadir dalam minda kita.
Disini ada satu latihan yang pasti akan membantu anda dalam berfikir positif.
Latihannya adalah, untuk 7 hari yang akan datang, paksa diri anda untuk berfikir dan bercakap mengenai perkara yang positif sahaja. Sekiranya perkara negatif terlintas, cepat-cepat ubahkannya menjadi positif.
Sekiranya anda berjaya dengan latihan ini selama 7 hari berturut-turut, anda akan dapati perubahan yang positif dalam cara pemikiran anda!
Adakah susah untuk berfikir positif setiap masa?
Terdapat dua jawapan- bagi mereka yang sudah biasa dengan berfikir positif, cabaran 7 hari ini akan kelihatan mudah. Bagi mereka yang sering diganggu fikiran negatif, akan mendapati cabaran 7 hari ini agak susah (ada sahaja fikiran negatif memasuki fikiran kita).
Cara pemikiran manusia sama ada positif atau negatif adalah satu tabiat (habit). Sekiranya anda sering berfikir positif, anda akan mengamalkan tabiat berfikir positif kebanyakan masa. Sekiranya anda sering berfikir negatif, tanpa anda sedar fikiran ini akan menjadi tabiat anda dan amat sukar anda menghindarinya.
Berfikir negatif akan selalu mengakibatkan kesedihan, kemurungan, bad mood, cepat marah dan hilang daya fokus kearah kejayaan.
Teruskan berfikir positif dan sekiranya fikiran negatif memasuki fikiran anda dalam masa 7 hari ini, cepat-cepat ubahkannya menjadi positif. Ini akan melatihkan anda mengamalkan tabiat/habit berfikir positif.
Berita baiknya adalah, berfikir dan berkelakuan positif adalah berjangkit! Anda akan dapat melihat perubahan mereka disekeliling anda. Kalau tak percaya, cuba test try!
Artikel ini diambil dari email oleh Irfan Khairi
Anjakan TIBA - TIBA
Posted by indah at Thursday, July 08, 2010Dalam motivasi, seringkali motivasi diri tidak datang kepada kita dengan cara sikit demi sikit... tetapi, secara
"anjakan tiba-tiba". Atau dalam kata lain, sudden burst!
Maksudnya, katakanlah anda mendapat inspirasi atau motivasi untuk melakukan sesuatu. Motivasi tersebut selalunya bukanlah datang dalam diri secara sikit demi sikit... seperti hari ni 1% ... esok 1% motivasi... lusa 1% lagi... tulat 1% ... bukan begitu.
Tetapi, anjakan tiba-tiba adalah seperti contoh, hari ini terus dapat 10% motivasi diri... esok... 1%... lusa 1%... tulat 20%... dan seterusnya 1%... 1%!
Ianya terjadi dalam semua perkara berkenaan dengan motivasi diri sendiri.
Sekiranya anda fahami konsep ini, anda akan fahami bahawa dalam memotivasikan diri, ia berfungsi sebagai anjakan tiba-tiba dan bukan sikit demi sikit.
Anda boleh menggunakan teknik ini sebaik mungkin supaya mendapat momentum untuk terus bermotivasi.
Ianya penting terdapatnya peningkatan motivasi dari hari ke hari! Tetapi, menurut kajian, cara peningkatan motivasi seseorang itu adalah sudden burst dan bukan sikit demi sedikit :) Cuba cerminkan pada pengalaman anda senidiri... apabila mendapat motivasi, adakah ianya secara tiba-tiba atau sikit demi sedikit?

Monday, July 5, 2010
Formula Kejayaan
Posted by indah at Monday, July 05, 20101: KEINGINAN
Pertama sekali di dalam formula kejayaan adalah keinginan. Untuk mencapai apa jua matlamat yang anda impikan, anda perlu mempunyai keinginan untuk mencapai matlamat tersebut. Lagi mendalam keinginan anda, lagi mudah untuk anda mencapai matlamat tersebut.Keinginan seumpama api yang membakar. Lagi besar api tersebut, lagi hangat ia akan membakar keinginan jiwa anda dalam mencapai apa jua cita-cita yang anda letakkan untuk diri anda sendiri.
Punca utama seseorang itu tidak dapat mencapai matlamatnya adalah takut kepada kegagalan. Sekiranya anda takut kepada kegagalan, maka, anda tidak akan mengambil langkah pertama untuk mencapai apa jua matlamat. Keinginan akan membawa anda untuk mengambil langkah pertama tersebut. Tanpa keinginan, matlamat tidak akan tercapai.
2: KEYAKINAN
Lagu yang sering bermain di kepala saya sejak dulu sehingga kini "Jika kau fikirkan kau boleh, kau boleh melakukan. Jika kau fikirkan ragu-ragu, usaha mu tidak menentu" Lagu yang popular pada 80-an. Ya, bunyi nya amat cliché, tetapi lagu yang simple ini mengandungi mesej yang amat besar!Dalam usaha untuk mencapai apa jua cita-cita anda, anda perlu mempunyai keyakinan di dalam hati bahawa cita-cita tersebut akan dicapai! Dengan keyakinan yang tinggi, ia akan menjadi penggerak kepada anda untuk tidak menoleh kebelakang lagi.
Keyakinan bukan bermaksud untuk menjadi bongkak dan taksub... anda tidak perlu meyakinkan orang ramai. Anda hanya perlu meyakinkan diri anda sendiri sahaja. Usah risau dalam meyakinkan orang ramai... anda perlu tunjuk bahawa cita-cita anda tercapai- itu sahaja yang akan meyakinkan orang ramai.
Dalam menetapkan matlamat anda, anda perlu realistik. Matlamat yang realistik akan membantu dan motivasikan anda untuk memberi keyakinan. Sebagai contoh, matlamat untuk mendapat kenaikan gaji 2 kali ganda dalam masa setahun mungkin tidak realistik. Tetapi, matlamat untuk menaikkan gaji anda sebanyak 20% dalam masa setahun adalah lebih realistik!
Matlamat yang tidak realistik hanya akan melemahkan motivasi diri anda apabila ianya tidak tercapai.
Monday, June 28, 2010
BAHAYA!!! Tabiat Membuang Masa...
Posted by indah at Monday, June 28, 2010Pepatah mengatakan "Angin yang sama meniup kita, ianya bergantung kepada kita untuk melayarinya". Setiap insan mempunyai jumlah waktu yang sama dalam sehari, iaitu 24 jam. Apa yang menentukan kejayaan seseorang itu adalah kecekapannya dalam mengurus 24jam seharinya.
Tabiat membuang masa, atau sering dikenali sebagai "proscastinantion" adalah tabiat yang merugikan kita. Sering kali, kita menunda-nundakan sesuatu kerja, sehingga produktiviti kita untuk mencapai kejayaan menurun.

Berikut adalah 4 cara bagaimana anda boleh membuang tabiat buang masa ini:
MATLAMAT DIKECILKAN
Seringkali kita membuang masa oleh kerana melihat sesuatu kerja itu terlalu besar untuk ditangani. Adakalanya matlamat yang terlalu besar menyebabkan kita kurang berkeyakinan dan kurang bermotivasi untuk mencapainya. Dilihat seperti kerja yang bakal dilalui amat besar dan tidak kesampaian!
Apa yang anda harus lakukan adalah, pecahkan matlamat yang besar itu kepada matlamat yang lebih kecil. Matlamat untuk mengumpul 10 ribu ringgit mungkin bunyinya besar, tetapi sekiranya dipecah kepada unit yang lebih kecil, iaitu menyimpan RM500 setiap bulan, matlamat akan tercapai juga dalam masa 20 bulan

Wednesday, June 9, 2010
Thinking B.I.G
Posted by indah at Wednesday, June 09, 2010Beri peluang kepada diri anda untuk "think big". Kesemua kisah kejayaan bermula dengan thinking big.
Ini adalah kerana, dengan mengimpikan sesuatu yang besar, anda memaksakan diri anda untuk menjadi lebih kreatif dan inovatif untuk mencapai sesuatu yang diluar jangkaan anda. Kebanyakan dan mungkin juga SEMUA kisah kejayaan bermula dengan FIKIR BESAR!
Sekiranya anda mempunyai gerai, fikirkan bagaimana gerai itu boleh menjadi kedai. Sekiranya anda mempunyai sebuah kedai, fikirkan bagaimana anda boleh membina kedai-kedai tambahan (francais). Sekiranya anda sudah berjaya di negeri anda, fikirkan bagaimana anda boleh menambahkan kejayaan di mata negara (seluruh Malaysia). Sekiranya anda sudah berjaya di Malaysia, fikirkan bagaimana anda boleh berjaya di peringkat antarabangsa.
Sekiranya pendapatan anda adalah RM1,000, fikirkan bagaimana anda boleh memperolehi pendapatan RM10,000. Sekiranya pendapatan anda RM10,000, fikirkan pula bagaimana untuk memperolehi RM100,000!
Menurut sejarah, segala kejayaan yang cemerlang bermula dengan kebolehan seseorang itu dalam "thinking big". Pepatah Inggeris mengatakan:
"Shoot for the stars, if you don't get it, you still get the moon!"
(Bermatlamat untuk mencapai bintang-bintang. Sekiranya anda tidak kesampaian, anda masih mencapai bulan)
Maksudnya untuk memberi anda kebebasan berfikir sesuatu yang lebih hebat dan besar daripada zon selesa anda. Sekiranya sesuatu hebat itu tidak tercapai, anda masih lagi mencapai sesuatu yang amat membanggakan. :)

Subscribe to:
Comments (Atom)