Sunday, February 7, 2010

Larian yg Syok!! :)


Abis sudah Putrajaya Night Marathon yg dituggu2! larian malam yg m'asyikkan sejauh 7.7 km bersama kira-kira 8000 runner yg lain rasenye xpuas! kekeke 1st time lari wktu mlm syok juge! dgn lebam buku lali mase main netball xbaik ku blasah juge lari huhuhu
biasenye lepas lari esok pg de la sikit2 lengo kaki, tp kali ni tang lain pulak yg lengo,
aduhai pu-gu-gku!!! hahaha tang mane silap step agknye :p

Duk tumpg diorng ni g putrajaya! haruk nak cari starting point pun sesat, cian ust asri, poning duk lyn kiteorg! :p ni duk searching2 dulu sebelum lari! {SEARCHING!!!!} hahaha aku sorg je phm :p


antara 8000 runner! entah mane aku! ade! tp xnampak! yg nmpak tu ha baju warne ijau abg Merang!!


Yeay!!!! akhirnye dpt juge abiskan! tgok! bape ramai aku tinggalkan runner kat blakang tu hahaha walaupun psti dah 400 runner tinggalkan aku kat dpn! sbb tu aku xdpt finished medal! argghhhhh! :(


yeay!!! semua berjaya tmtkan larian! tahniah kpd anda semua! jgn lupe frame sijil tu ye! kekeke :p


ha! ni die team Radio24, thanks uOlls coz join! nnt kite try TowerThon pulak ye!
Happy la tgok uOlls! :p


meraikan kejayaan dgn melompat kepuasan! walaupun byk kali photographer duk snap asyik xjd! 17 x katenye! sbb ni la kot pu-gu-gku sakit!!! hahaha

jumpe lg untuk next ThonThon!! ape2 dah yg ade Thon! layan...! :p

Photo by Lando Mikael (Thanks Apek!!)

Wednesday, January 27, 2010

Seronok dgn keluarga! Dpt duit sekali!



Ha! family sape yg suke berseronok sambil cari duit! jom join ini Cabaran Keluarga X Race 1Malaysia.

Wang tunai lebih RM6,000 bakal menjadi rebutan anda!
Pertandingan yang bermula di Dataran DBKL dan berakhir di Dataran Merdeka.
Akan berlangsung pada 1 Februari, sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan.
Program yang berkonsepkan 1Malaysia 1Keluarga itu bertujuan untuk merapatkan hubungan kekeluargaan.
Bagaimana nak main??? ha! sebanyak sepuluh check point disediakan di mana para peserta dikehendaki menjawab soalan-soalan dan menyelesaikan tugasan yang berkaitan tentang sambutan Hari Wilayah Persekutuan.
Setiap pasukan perlu terdiri daripada empat orang yang mempunyai ikatan keluarga iaitu dua orang dewasa dan dua orang di bawah umur 17 tahun.
Yuran pendaftaran sebanyak RM100.
Juara akan memenangi wang tunai sebanyak RM2,000, kedua RM1,500, ketiga RM1,000 dan 17 hadiah sagu hati.
Selain itu, sepuluh buah hadiah misteri juga turut menanti para peserta.
50 pasukan terawal yang mendaftar akan diberikan baju T istimewa.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi urus setia menerusi talian 012-2846811.


Tuesday, January 26, 2010

Denda RM300 - Pejalan kaki DEGILLL!!!





Mulai hari ini, pejalan kaki yang enggan menggunakan jejantas dan lintasan pejalan kaki di 10 jalan sekitar Bukit Bintang akan didenda RM300.
Waran tangkap juga akan dikeluarkan kepada pesalah jika mereka gagal membayar saman pada tarikh yang ditetapkan.
Operasi itu bakal melibatkan beberapa jalan yang dikenal pasti menghadapi masalah kesesakan trafik yang teruk termasuk di Jalan Sultan Ismail, Jalan Imbi, Jalan Bukit Bintang, Jalan Raja Chulan dan Jalan Pudu.
Individu yang ingkar akan dikenakan saman RM300 di bawah Peraturan Lalulintas 1959.
Sumber: Bernama & Google Image


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...