Thursday, January 24, 2013

PRU 13 : Undi Pos

23 Jan - 125 permohonan diterima daripada rakyat Malaysia di luar negara yang ingin mengundi secara pos pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, setakat semalam, permohonan paling banyak diterima dari Australia diikuti United Kingdom.

Ada pemohon yang tidak layak mengundi secara pos disebabkan mereka tidak mendaftar sebagai pemilih.

Peraturan yang membenarkan rakyat Malaysia di luar negara untuk mengundi secara pos diwartakan pada 21 Januari lalu berdasarkan tiga syarat.

Syarat-syarat itu ialah:

1) perlu menjadi pengundi berdaftar

2) pernah berada di Malaysia atau kembali ke negara ini tidak kurang 30 hari dalam tempoh lima tahun sebelum pembubaran Parlimen dan Dewan Undangan Negeri yang sedang berkuat kuasa

3) menetap di luar negara kecuali mereka yang tinggal di Selatan Thailand, Singapura, Brunei dan Kalimantan.

Sumber : Kosmo


Friday, August 24, 2012

Kisah 'Handbag' Raya

23 Ogos 2012
G***I
Pavilion, KL

Aku         : "Ini sahaja design handbag yg ada?" (bertanya dgn senyuman sbb hati teruja utk beli)

Staf (A)  : "u nak design ape? (jawap dgn suara dan muka berlagak giler)

Aku          : "Apa yg u ade?" (balas aku) 

Staf (B)   : "Kami ade design baru" (sampuk staf lain selepas si Staf A td mcm nak tak nak layan je)

Aku          : "oh menarik. Boleh sy cuba? Berapa harganya?"

Staf (B)   : "RM4+++"

Aku          : "ooo murah sikit dari Prada"

Dengan tibe2 mamat Staf A td sibuk mengeluarkan mcm2 design handbag dari drawer. Muka yg berlagak td dihiasi pula dgn senyuman....

Aku          : senyum.... (sebelum beredar sbb dah tawar hati)

****************

P/S : Jgn sesekali memandang rendah terhadap org lain, terutama bangsa sendiri.

Itu sedikit kisah sebelum akhirnya aku memiliki handbag untuk Hari Raya tahun ini :)


Friday, December 2, 2011

Lokasi Berisiko Banjir Kilat di KL

DBKL Kenal Pasti Beberapa Lokasi Banjir Di Ibu Negara

KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengenal pasti beberapa kawasan di ibu negara yang berisiko tinggi dilanda banjir kilat pada musim tengkujuh ini.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail berkata kesemua kawasan yang dikenal pasti itu terletak di kawasan rendah berhampiran sungai, antaranya KampungKasipillay, Off Jalan Ipoh; kawasan Segambut Dalam/Segambut Tengah/Segambut Bahagia; Jalan Tun Razak/Jalan Gurney/Jalan Gurney Kiri dan Setapak - Jalan Air Panas/Jalan Air Madu.

"Kawasan lain termasuk Kampung Cheras Baru, Kawasan Jalan 9; Taman Goodwood, JalanKelang Lama; Jalan Ampang depan Bangunan RISDA Building dan Taman Angsana, off Jalan Puchong," katanya ketika ditemu bual dalam program Ala Carte Pagi terbitan Bernama Radio24, di sini Jumaat.

Beliau berkata kejadian banjir di ibu negara kebanyakan berlaku setempat berpunca daripada sistem perparitan tersumbat oleh sampah sarap atau kelodak dan banjir di permukaan jalan akibat dari 'scupper drains' tersumbat.

Sehubungan itu, katanya satu Jawatankuasa Pengurusan Bantuan Bencana Peringkat DBKL ditubuhkan dalam usaha memastikan tugas-tugas mengurus, menyelaras dan memberi bantuan dapat dilaksanakan dengan cepat apabila berlaku banjir kilat.

Ahmad Fuad berkata DBKL juga telah mengaktifkan Bilik Gerakan Banjir sejak 1 Nov lalu yang dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan seperti maklumat bacaan paras air,pusat perhubungan yang bertanggungjawab menerima, menyalur maklumat atau aduan danmemantau status kejadian bencana yang berlaku.

Warga kota juga boleh mendapatkan maklumat mengenai banjir melalui Sistem Elektronik Papan Tanda Amaran Banjir yang ditempatkan di beberapa lokasi-lokasi di pusat bandar. -- BERNAMA

* Dengarkan Ala Carte Pagi, Isnin hingga Jumaat, 8.30AM di siaran FM93.9 BERNAMA Radio24. Maklumat lanjut layari www.radio24.com.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...