Thursday, July 8, 2010

Minda yang positif PASTI membawa kepada KEJAYAAN!



Kita tahu bahawa berfikir positif dalam apa sahaja adalah perkara yang akan membantu pencapaian kejayaan kita. Namun, seringkali fikiran negatif akan hadir dalam minda kita.

Disini ada satu latihan yang pasti akan membantu anda dalam berfikir positif.

Latihannya adalah, untuk 7 hari yang akan datang, paksa diri anda untuk berfikir dan bercakap mengenai perkara yang positif sahaja. Sekiranya perkara negatif terlintas, cepat-cepat ubahkannya menjadi positif.

Sekiranya anda berjaya dengan latihan ini selama 7 hari berturut-turut, anda akan dapati perubahan yang positif dalam cara pemikiran anda!

Adakah susah untuk berfikir positif setiap masa?

Terdapat dua jawapan- bagi mereka yang sudah biasa dengan berfikir positif, cabaran 7 hari ini akan kelihatan mudah. Bagi mereka yang sering diganggu fikiran negatif, akan mendapati cabaran 7 hari ini agak susah (ada sahaja fikiran negatif memasuki fikiran kita).

 
Cara pemikiran manusia sama ada positif atau negatif adalah satu tabiat (habit). Sekiranya anda sering berfikir positif, anda akan mengamalkan tabiat berfikir positif kebanyakan masa. Sekiranya anda sering berfikir negatif, tanpa anda sedar fikiran ini akan menjadi tabiat anda dan amat sukar anda menghindarinya.

Berfikir negatif akan selalu mengakibatkan kesedihan, kemurungan, bad mood, cepat marah dan hilang daya fokus kearah kejayaan.

Teruskan berfikir positif dan sekiranya fikiran negatif memasuki fikiran anda dalam masa 7 hari ini, cepat-cepat ubahkannya menjadi positif. Ini akan melatihkan anda mengamalkan tabiat/habit berfikir positif.

Berita baiknya adalah, berfikir dan berkelakuan positif adalah berjangkit! Anda akan dapat melihat perubahan mereka disekeliling anda. Kalau tak percaya, cuba test try!


Artikel ini diambil dari email oleh Irfan Khairi



Anjakan TIBA - TIBA



Dalam motivasi, seringkali motivasi diri tidak datang kepada kita dengan cara sikit demi sikit... tetapi, secara 
 "anjakan tiba-tiba". Atau dalam kata lain, sudden burst!

Maksudnya, katakanlah anda mendapat inspirasi atau motivasi untuk melakukan sesuatu. Motivasi tersebut selalunya bukanlah datang dalam diri secara sikit demi sikit... seperti hari ni 1% ... esok 1% motivasi... lusa 1% lagi... tulat 1% ... bukan begitu.

Tetapi, anjakan tiba-tiba adalah seperti contoh, hari ini terus dapat 10% motivasi diri... esok... 1%... lusa 1%... tulat 20%... dan seterusnya 1%... 1%!

Ianya terjadi dalam semua perkara berkenaan dengan motivasi diri sendiri.

Sekiranya anda fahami konsep ini, anda akan fahami bahawa dalam memotivasikan diri, ia berfungsi sebagai anjakan tiba-tiba dan bukan sikit demi sikit.

Anda boleh menggunakan teknik ini sebaik mungkin supaya mendapat momentum untuk terus bermotivasi.

Ianya penting terdapatnya peningkatan motivasi dari hari ke hari! Tetapi, menurut kajian, cara peningkatan motivasi seseorang itu adalah sudden burst dan bukan sikit demi sedikit :) Cuba cerminkan pada pengalaman anda senidiri... apabila mendapat motivasi, adakah ianya secara tiba-tiba atau sikit demi sedikit?


Artikel ini diambil dari email oleh Irfan Khairi

Monday, July 5, 2010

Formula Kejayaan



1:  KEINGINAN
Pertama sekali di dalam formula kejayaan adalah keinginan. Untuk mencapai apa jua matlamat yang anda impikan, anda perlu mempunyai keinginan untuk mencapai matlamat tersebut. Lagi mendalam keinginan anda, lagi mudah untuk anda mencapai matlamat tersebut.
Keinginan seumpama api yang membakar. Lagi besar api tersebut, lagi hangat ia akan membakar keinginan jiwa anda dalam mencapai apa jua cita-cita yang anda letakkan untuk diri anda sendiri.
 
Punca utama seseorang itu tidak dapat mencapai matlamatnya adalah takut kepada kegagalan. Sekiranya anda takut kepada kegagalan, maka, anda tidak akan mengambil langkah pertama untuk mencapai apa jua matlamat. Keinginan akan membawa anda untuk mengambil langkah pertama tersebut. Tanpa keinginan, matlamat tidak akan tercapai.


2: KEYAKINAN
Lagu yang sering bermain di kepala saya sejak dulu sehingga kini "Jika kau fikirkan kau boleh, kau boleh melakukan. Jika kau fikirkan ragu-ragu, usaha mu tidak menentu" Lagu yang popular pada 80-an. Ya, bunyi nya amat cliché, tetapi lagu yang simple ini mengandungi mesej yang amat besar!
Dalam usaha untuk mencapai apa jua cita-cita anda, anda perlu mempunyai keyakinan di dalam hati bahawa cita-cita tersebut akan dicapai! Dengan keyakinan yang tinggi, ia akan menjadi penggerak kepada anda untuk tidak menoleh kebelakang lagi.
Keyakinan bukan bermaksud untuk menjadi bongkak dan taksub... anda tidak perlu meyakinkan orang ramai. Anda hanya perlu meyakinkan diri anda sendiri sahaja. Usah risau dalam meyakinkan orang ramai... anda perlu tunjuk bahawa cita-cita anda tercapai- itu sahaja yang akan meyakinkan orang ramai.
Dalam menetapkan matlamat anda, anda perlu realistik. Matlamat yang realistik akan membantu dan motivasikan anda untuk memberi keyakinan. Sebagai contoh, matlamat untuk mendapat kenaikan gaji 2 kali ganda dalam masa setahun mungkin tidak realistik. Tetapi, matlamat untuk menaikkan gaji anda sebanyak 20% dalam masa setahun adalah lebih realistik!
Matlamat yang tidak realistik hanya akan melemahkan motivasi diri anda apabila ianya tidak tercapai.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...